in

Tular Dialog Bahasa Melayu Dalam ‘Taxi Driver 3’, Lelaki Asal Semenyih Kongsi Pengalaman

lelaki dialog melayu taxi driver 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu babak dalam drama Korea terkenal yang berjudul Taxi Driver 3 meraih perhatian ramai. Babak itu memperlihatkan seorang pemuda menggunakan dialog Bahasa Melayu.

Ramai yang berteka-teki siapakah pelakon terbabit sehingga timbul perbalahan mengenai asal usul individu tersebut.


Rupanya, pelakon itu merupakan warga Malaysia yang difahamkan kini sedang membina kerjaya lakonan secara profesional di Korea Selatan.

Artikel berkaitan: “Malaysia mendunia” – Tular Dialog Bahasa Melayu Dalam Drama Korea Taxi Driver Musim 3

Artikel berkaitan: “Diorang tak tahu tapi jawab betul!” – Netizen Puji Pelancong Malaysia Jawab Kuiz Dalam Running Man Dengan Mudah

@flowersdrama

The way he dropped those Malay curse words so naturally… 🤣🤣🤣 #taxidriver3 #leejehoon #kimdoki

♬ original sound – alice – alice

Memetik sumber Harian Metro, dia yang dikenali sebagai Haiqal atau nama sebenarnya Muhammad Amir Haiqal Azhar, 26, tidak menyangka babak berkenaan meraih perhatian peminat k-drama.

“Saya sangat terkejut dan speechless bila mendapat perhatian luar biasa macam ni. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan saya.

“Cuma saya berterima kasih sangat-sangat kepada semua sokongan dan doa-doa yang diberikan,” ujarnya.

Menceritakan mengenai karier lakonannya di sana, pemuda asal Semenyih ini pada awalnya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang lakonan.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk berlakon dan ini pun satu cerita yang agak kelakar jugalah. Semuanya bermula waktu saya masih menuntut di Universiti Konkuk. Satu hari, kawan universiti saya ajak saya masuk kelas lakonan.

“Tapi pada waktu itu, saya ada stage fright yang sangat teruk sampai saya tak boleh nak buat pembentangan pun depan orang dalam kelas,” katanya.

Screenshot 2025 12 01 154343

Dalam pada itu, Haiqal turut memaklumkan dia banyak terbabit dalam filem dan drama sebagai pelakon tambahan sebelum berpeluang berlakon sebagai watak-watak yang mempunyai skrip.

Katanya, pengalaman menjadi pelakon di Korea Selatan setakat ini bukan yang indah-indah sahaja. Banyak cabaran dan situasi getir yang perlu dihadapinya sepanjang penggambaran.

Selain Taxi Driver 3, Haiqal juga berlakon dalam drama Shop for Killers 1, filem Hideaway, filem indie Korea, program komedi di YouTube, dan sebuah drama Netflix yang belum ditayangkan.

Tambahnya lagi, dia kini sedang bekerja keras mengasah kemahirannya dan berazam ilmu dan pengalaman yang dikumpul dapat dibawa dan dikongsikan dalam industri lakonan di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.