in

Tular Dakwaan Kuala Lumpur Sudah Tidak Selamat, Ini Penjelasan Datuk Bandar KL

Kuala Lumpur Tak Selamat Betul Ke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak peristiwa tanah jerlus yang berlaku di Masjid India hingga mengakibat wanita warga India hilang, pelbagai teori muncul di media sosial berkenaan struktur tanah di Kuala Lumpur yang dikatakan sudah tidak selamat didiami.

Ada yang mengatakan malapetaka seperti ‘giant sinkhole‘ boleh berlaku pada bila-bila masa kerana kebanyakan dasar ibu kota itu adalah daripada batu kapur.


Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menafikan dakwaan itu dan telah mengaktifkan pasukan petugas dalam menjalankan kajian terperinci mengenai keselamatan di ibu negara.

Datuk Bandar

Pasukan itu menurutnya akan melibatkan pakar daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

DBKL telah mengaktifkan task force bersama pakar-pakar daripada PDRM, JBPM, APM, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Apa kita cuba dapatkan adalah maklumat daripada JMG adakah di sini (Masjid India) adalah tanah biasa.

“Walaubagaimanapun, saya telah sediakan satu task force bersama rakan-rakan lain JKR, JMG untuk kita menyemak lagi menyiasat lagi kawasan ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Pasukan SAR Pam Air Kumbahan Untuk Mencari Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Artikel berkaitan: Tiada Petunjuk Baharu, SAR Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India Diteruskan

Masjid India selamat buat orang awam 

Dalam pada itu, mesyuarat bersama pelbagai agensi yang dipengerusi Maimunah mendapati kawasan Masjid India selamat buat orang awam.

Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama agensi sahabat, berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan petang tadi.

“Situasi di Jalan Masjid India khasnya di Kuala Lumpur adalah terkawal dan selamat untuk dikunjungi dan warga kota boleh meneruskan rutin harian seperti biasa,” katanya lagi.

Whatsapp Image 2024 08 26 At 9.28.59 Am

Bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menularkan bahawa kawasan ibu negara tidak selamat, dakwaan itu menurut Maimunah haruslah berasas.

Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina, selama ini adalah selamat. Kalau ada mengatakan tidak selamat, dakwaan itu mesti menunjukkan bukti dan kajian terperinci.

“Sebab kalau dilihat dari segi sedia ada Kuala Lumpur adalah selamat, melainkan ada kajian bukti yang tular media massa menunjukkan tidak selamat,” kata datuk bandar.

Sebaiknya kita janganlah membuat dakwaan yang menimbulkan keresahan awam. Kita tunggu hasil kajian daripada pihak berwajib. 

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Buletin TV3
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.