in

Tular Dakwaan Haram Pakai Baju Warna ‘Brick Orange’, Individu Jelaskan Hukumnya

Brick Orange Haram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tahun lepas rona hitam diangkat sebagai warna tema Hari Raya Aidilfitri, dijangkakan tema tahun ini pula warna oren bata (brick orange).

Namun, baru-baru ini tular perkongsian yang menyatakan haram memakai pakaian berwarna brick orange seperti yang dinyatakan dalam satu hadis yang menyatakan larangan memakai warna merah dan oren.


Perkara ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah benar kenyataan tersebut kerana ramai juga yang sudah membeli dan menempah warna ini.

431444059 7267091103344083 6167262423786538599 N

Hukum pakai warna merah atau oren

Melihat isu yang dibangkitkan, seorang individu tampil menjelaskan mengenai larangan memakai warna tersebut.

Menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Naielah, dia menjelaskan hukum larangan memakai warna terbabit bukan haram mutlak namun mempunyai faktor yang bergantung pada konteks zaman.

Jelasnya, hadis larangan memakai warna merah, oren atau kuning ini dikhususkan kepada kaum lelaki.

“Betapa banyak perbezaan pendapat di kalangan ulamak, 8 pendapat kesemuanya yang dinuqilkan Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (10/306).

“Kena faham ‘Illat’ (faktor) yang menyebabkan pengharamannya ketika itu, ini termasuk fiqh waqi’. Pada zaman itu fabrik warna merah,oren, kuning yang dicelup zafron (safron) atau usfur adalah dilarang kerana ia perhiasan bagi kaum wanita,” terangnya.

Katanya lagi, bagaimanapun larangan terbabit sudah tidak sesuai pada zaman sekarang kerana fabrik moden kebanyakannya terhasil daripada pewarna sintetik.

“Maka hukum memakai baju warna merah atau oren kembali kepada asal yakni harus kerana ketiadaan unsur pewarna dari tumbuhan tadi yang menjadi faktor pengharamannya,” jelasnya.

Screenshot 2024 03 20 144915

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai larangan bagi kaum lelaki memakai warna yang menggunakan pewarna semula jadi. Boleh lihat di sini untuk penjelasan lanjut.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.