in

Tular Dakwaan Dicabul 50 Lelaki Ketika Berjalan Di KL, Polis Minta Wanita ‘Mat Salleh’ Buat Laporan

wanita mat salleh 50 lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular mengenai sepasang suami isteri yang merupakan traveller dari Sepanyol berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa rogol dan rompak ketika berada di India.

Kejadian yang menimpa pasangaan ini telah mendapat perhatian seluruh dunia dan menimbulkan pelbagai persepsi.


Susulan kes itu, seorang wanita yang juga bekas wartawan asing mendakwa wanita berkulit putih juga tidak selamat berada di Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Pasangan ‘Traveller’ Dari Sepanyol Kongsi Kisah Tragis, Kena Rompak & Isteri Kena Rogol 7 Lelaki Di India

Katanya menerusi satu hantaran di laman X, dia mendakwa dirinya telah dicabul 50 lelaki dalam tempoh sehari ketika tinggal di Malaysia.

Screenshot 2024 03 06 131359 GHt23Z4bAAAsML2

Tambahnya lagi, dia yang mendakwa menetap selama lapan tahun di Kuala Lumpur berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan dari Pasar Seni ke hotel Shangri-La.

“Berjalan kaki dari Central Market ke Shangri-La pada suatu hari lalu lintas sangat teruk, saya memukul kira-kira 50 lelaki tempatan yang cuba lakukan gangguan seksual terhadap saya.

“Saya membawa isu ini kepada pemimpin politik mengatakan ia adalah PR buruk untuk bandar itu. Dan mereka menganggap itu sebagai jenaka.

“Ia bukan rogol tetapi ia adalah serangan seksual. Negara yang baik akan mendakwa (kes sebegini),” dakwanya.

Bagaimanapun, kenyataan wanita itu dianggap sebagai tidak berasas dan netizen ragu-ragu dengan dakwaan tersebut.

Polis minta buat laporan

Dakwaan wanita terbabit turut mendapat perhatian pihak polis dan dia diminta untuk membuat laporan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pemilik akaun tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, sekiranya tidak bertindak demikian, kenyataan wanita tersebut hanyalah fitnah yang tidak berasas selain secara tidak langsung memburukkan nama Kuala Lumpur.

“Kalau betul ada kejadian (seperti didakwa) buat laporan polis. Jangan sebarkan perkara yang tidak benar dan tidak berasas.

“Ini (dakwaan dicabul 50 kali) hanya menimbulkan rasa gusar dan ketakutan orang awam,” katanya.

Menerusi semakan terkini, akaun wanita itu telah pun dipadam dan setakat ini tiada laporan diterima pihak polis.

Sumber: X, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.