Minggu lepas, tular apabila ada seorang wanita berumur 21 tahun kerana telah mencuri kad ATM untuk membeli iPhone 14 Pro. Susulan itu, dia telah ditahan dan semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan itu.
Memetik laporan Harian Metro, Nur Humaira Shanuk Haziki, 21 mengaku tidak berslaah selepas pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nadia Othman.
Curi kat ATM milik ibu saudara tiri
Mengikut pertuduhan, Nur Humaira telah mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya yang berusia 26 tahun, dia telah mengeluarkan wang tunai berjumlah RM 8,200 tanpa pengetahuan wanita itu. Difahamkan, ianya berlaku di Regalia Residence, Chow Kit antara 23 Mac sehingga 24 Mac lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dimana tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Humaira juga berdepan dengan pertuduhan menyalahgunakan wang berkenaan yang dikeluarkan dari akaun RHB tanpa pengetahuan pemilik di lokasi sama dan tarikh yang sama.
Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara 6 bulan hingga 5 tahun serta sebatan dan denda.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak bekerja ada memohon rayuan untuk mendapat ikat jamin dengan jumlah yang paling rendah dengan memberitahu bahawa bapa saudara akan hadir menjaminnya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM 4,000 dengan 2 penjamin dalam kalangan ahli keluarga selain syarat tambahan bahawa Humaira perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Dalam pada itu, mahkamah telah menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Baca : “Takde rasa bersalah!” – Gadis Didakwa Curi Kad ATM, Habiskan Lebih RM 8K