in

Tular Cerita ‘Tiupan Angin’ Berlalu Lepas Telefon Nur Farah Kartini Ditemui, Pendakwah Pesan Jaga Akidah

Komen 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, media sosial kecoh dengan kisah misteri ‘tiupan angin’ yang berlalu sejurus selepas telefon Nur Farah Kartini ditemui, jadi seorang pendakwah telah menegur sesetengah umat Islam yang mempercayainya.

Tiupan angin tanda terima kasih?

Bagi yang belum tahu, kisah itu diceritakan oleh wartawan yang berada di tempat kejadian mendakwa dirinya serta pengamal media yang lain tiba-tiba merasai satu tiupan angin selepas telefon milik Nur Farah Kartini dijumpai dalam tali air. Padahal cuaca sebelum itu tidak pun berangin.


Artikel berkaitan: “Setiap hari menangis” – Isteri Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Alami Gangguan Emosi Sejak Tahu Kes Suami

Artikel berkaitan: Jenazah Nur Farah Kartini Sudah Boleh Dituntut Keluarga, Wanita Dedah Kenapa Dikebumikan Di Pekan

Dia kemudiannya berjumpa dengan seorang individu yang berkata tiupan angin seperti itu seakan-akan tanda ‘terima kasih’ oleh mangsa. Dakwanya lagi, pengalaman sebegitu juga pernah berlaku beberapa kali ketika dirinya bertugas di lokasi pencarian bahan bukti untuk membantu kes.

Komen 2 1
Sumber: harian metro

Pendakwah pesan jaga akidah

Pun begitu, salah seorang pendakwah bernama Tajdid Hadhari ada meninggalkan komen teguran di salah satu hantaran berita di media sosial. Katanya, perkara sebegitu tidak boleh dipercayai dan meminta umat Islam supaya menjaga akidah dan kepercayaan masing-masing.

Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah, hormati roh arwah. Doakan yang baik-baik..

Disebabkan terlalu banyak spekulasi dan khabar angin muncul sejak pihak polis mengesahkan Nur Farah Kartini dibunuh, pendakwah berkenaan turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar roh ditempatkan bersama orang yang beriman.

Komen 1
Sumber: instagram

Bila dah masuk part akidah ni, jangan buat main ye…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.