in

Tular Aksi Dikejar Polis Di Kluang, Pemandu Kereta Kuning Didapati Positif Dadah & Bakal Hadapi 6 Pertuduhan

dikejar polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di media sosial video aksi kejar-mengejar antara pihak polis PDRM dengan sebuah kereta berwarna kuning jenis Honda Accord lama di Kluang, Johor.

Dalam video tersebut, pihak polis akhirnya berjaya menahan pemandu kereta tersebut di kawasan lampu isyarat.


Memetik laporan Harian Metro, pemandu kereta tersebut melarikan diri daripada polis kerana suspek enggan memberi kerjasama ketika pegawai polis cawangan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang mahu memeriksa kenderaan.

Difahamkan, suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk mengedar dan menagih dadah dan mabuk.

2

Artikel Berkaitan: Tular Video Aksi Kejar Mengajar Polis Dengan Kereta Kuning Seperti Dalam Filem Di Kluang

Suspek yang berusia 40 tahun juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine setelah ujian air kencing dijalankan ke atas suspek selepas dia ditahan.

Suspek bakal menghadapi enam pertuduhan iaitu atas kesalahan memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah, kesalahan memiliki dan mengedar dadah, kesalahan memandu kenderaan secara melulu yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain, kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan kesalahan memasukkan dadah dalam badan.

Dadah jenis heroin juga turut dirampas oleh pihak polis daripada suspek.

Sumber: Harian Metro

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.