Bidang perniagaan dan servis ini memerlukan ketahanan mental serta kesabaran yang tinggi, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja daripada pelanggan tetapi juga dari ‘saingan’.
Terbaru, seorang runner penghantar makanan meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang Cef Nasi Arab terkenal yang mendakwanya ‘menikam belakang’.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Facebook King of Roadtrip yang meluahkan rasa terkilannya apabila seorang cef selebriti yang terkenal dengan masakan timur tengah itu bercakap buruk tentang runner yang ditugaskan untuk menghantar makanannya kepada pelanggan.
“Sekarang ni bercakap atas kapasiti seorang yang menyediakan servis, dimana saya bukan lah pemilik produk.
Saya dan King of Roadtrip bertujuan untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan tempahan Nasi Arab Chef A**** ini di samping saya mencari rezeki halal, kira ini mata pencarian saya.
Lebih 20000 pelanggan di serata Semenanjung Malaysia yang gunakan perkhidmatan kami untuk mendapatkan tempahan mereka dan tidak pernah sekali pun viral kerana kami menipu dan tidak sampai tempahan. Semuanya kerana jujur dan amanah,” tulisnya.
Namun, sejak kebelakangan ini, runner yang dikenali sebagai Akiff ini memberitahu permintaan untuk nasi arab air tangan cef terkenal itu kurang mendapat sambutan kemudian dia mengambil keputusan untuk membuka penghantaran untuk makanan lain.
Pun begitu, cef selebriti terkenal itu melakukan sesi live di media sosialnya tetapi mengatakan bahawa runner itu ibarat ‘kawan makan kawan’.
“Cuma sekarang ni saya sangat lah pelik dengan sikap Chef ni, ada ke patut apabila saya buat Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, boleh dia tembak saya cukup-cukup katanya saya tak kenang budi dia, dan dia kata saya memilih untuk bawa produk NPN1BP kerana saya dapat tawaran harga yang lebih murah.
Disini saya pelik dah, saya tak buat produk, bukan pemilik produk, saya adalah orang yang menjalankan servis. Dalam masa yang sama juga, selepas daripada Hari Raya Puasa tahun ini, saya pernah open order sebanyak 4 kali dan tidak mendapat sambutan.
Dia siap cakap lagi, oh kalau u ambil produk NP, u tak boleh ambil produk saya. Come on lah Chef, saya ni servis, bukan pemilik produk. Konsep nya sama je dengan Mydin, Mydin merupakan mall, tapi semua jenis produk ada di bawah satu bumbung. Saya tidak ada hitam putih mengatakan yang saya ini berkait dengan Chef,” luahnya lagi.
Akiff berkata pada mulanya dia hanya mendiamkan diri tetapi namanya berkali-kali disebut dalam sesi live cef selebriti itu, dia merasakan dia perlu mempertahankan dirinya.
Dia juga turut berkata dia tidak marah dengan tindakan cef itu sebaliknya dia lebih merasa kecewa dengan tindakannya.
Baca: “Sumber pendapatan runner terjejas” – Wanita Bangkang Penggunaan Road Tax Digital Dikecam