in

Tuduh Penjual Tolak Rezeki, Gen Z Bergaji RM1,700 Kecewa Tak Dapat Beli Honda Civic RM163,000

Gen Z Gaji Rm1700 Beli Honda Civic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat dilihat trend ketika ini menunjukkan semakin ramai golongan muda mula menunjukkan minat untuk membeli kereta mewah yang tidak setanding dengan pendapatan bulanan yang diperoleh.

Seorang penjual kereta menegur tindakan pembeli generasi muda yang bergaji RM1,7000 ingin memiliki kereta Honda Civic FL1 yang berharga sekitar RM163,000. Lebih melucukan lagi apabila individu terbabit meminta dia memberi diskaun sebanyak RM63,000.


Disebabkan penjual tidak mahu memenuhi kehendaknya, individu tersebut mengugut tidak akan mempromosi iklan kereta kepada rakan-rakannya. Malah, menganggap penjual telah menolak rezekinya sendiri.

Artikel berkaitan: Penjual Kereta Terkedu Individu Gaji RM3K Nak Pakai Mercedes

Artikel berkaitan: “Apa sumbangan dia kepada negara?”- Cikgu Risau Anak Muda Zaman Kini Terlalu Agungkan Influencer

465049459 122219345246031167 6347618294655715523 N

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Wan M Faris meluahkan rasa kecewa dengan sikap sebahagian pembeli generasi muda yang dianggapnya tidak beradab dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Faris menjelaskan bahawa dia jarang memuat naik perbualannya dengan pelanggan tetapi kesabarannya tercabar kali ini kerana iklannya sering menerima komen negatif daripada pelanggan yang tidak berpuas hati itu.

Selagi tak dapat harga dia nak, selagi itulah dia ajak kawan-kawan dia komen benda merepek.”

Dalam pada itu, Faris turut menasihati generasi muda agar bijak menguruskan wang dan membeli kereta mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Gbnzav6Bmaa Omt

Seperti peribahasa Melayu, ukur baju di badan sendiri, buat sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.