Seorang tok siak berusia 56 tahun dan pesara berusia 74 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Kes yang berlaku di Bukit Sentosa, Hulu Selangor itu dipercayai berlaku di sebuah tandas surau dan rumah suspek, kedua-dua suspek itu dikatakan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.
Menerusi sebuah kenyataan, pihak polis difahamkan telah berjaya menangkap kedua-dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi yang berasingan dan ujian air kencing kedua-dua suspek negatif.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1632404876264378368?s=20
“Semakan kedua-dua suspek didapati tidak mempunyai rekod lampau, suspek ditahan reman bermula dari 4 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023 selama tujuh hari untuk siasatan lanjut si bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” tulisnya.
Pihak polis percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini telah berjaya menyelesaikan kes ini.
Selain itu, pihak polis menasihati orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu dan hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapat maklumat yang sahih.
Baca: Kanak-kanak OKU Maut Dipukul Teman Lelaki Ibu, Mayat Dibuang Ke Kawasan Semak