in

Donald Trump Pecah Rekod, Jadi Bekas Presiden Pertama Berhadapan Tuduhan Jenayah

2trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencipta satu sejarah baharu apabila menjadi bekas presiden pertama negara itu yang berhadapan dengan tuduhan jenayah.

Memetik laporan The Guardian, Trump akan didakwa di Mahkamah Manhattan pada hari Selasa ini selepas siasatan ke atas wang untuk ‘menutup mulut’ yang dibayar kepada pelakon lucah Stormy Daniels dimuktamadkan.


Screenshot 2023 04 01 at 2.40.01 PM

Tuduhan ini berlaku selepas beliau telah gagal dalam pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 apabila tewas kepada Joe Biden.

Juri utama perbicaraan kes bekas presiden itu telah dipanggil pada Januari tahun ini untuk mendengar keterangan serta bukti tentang peranan Trump dalam pembayaran kepada Daniels beberapa hari sebelum Pilihan Raya Presiden 2016, yang memihak menyaksiakan kemenangan kepadanya.

Daniels, pelakon dan pengarah filem lucah terkenal dengan nama sebenarnya Stephanie Clifford berkata, dia menerima wang itu sebagai pertukaran untuk berdiam diri mengenai pertemuan seksual antaranya dan Trump pada 2006.
Screenshot 2023 04 01 at 2.41.29 PM
Gambar Hiasan
Peguam peribadi kepada bekas presiden itu, Michael Cohen berkata, Trump mengarahkan pembayaran tersebut kepada Daniels dan kepada wanita kedua, bekas model Playboy, Karen McDougal yang juga mendakwa dia mempunyai hubungan seksual.
Trump bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan sulit dengan mana-mana wanita.
Dalam pada itu, Trump sebelum ini berkata, beliau akan terus berkempen untuk pencalonan Parti Republikan walaupun didakwa melakukan jenayah.
Tuduhan secara spesifik  terhadap Trump masih belum diketahui dan dakwaan mungkin akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Screenshot 2023 04 01 at 2.37.51 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top