in

Trump ‘Pause’ Visa Imigresen 75 Negara, Thailand, Rusia & Iran Antara Terjejas

syaz ft 2026 01 15T124732.359

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan penangguhan pemprosesan visa imigresen melibatkan 75 negara, satu lagi langkah keras Presiden Donald Trump terhadap kemasukan warga asing ke negara itu.

Tindakan tersebut dilaksanakan menerusi kuasa Jabatan Negara yang membenarkan penangguhan visa imigresen secara menyeluruh berdasarkan kewarganegaraan pemohon.


Artikel berkaitan: Trump Buat Hal Lagi! AS Bakal Keluar Dari Puluhan Agensi PBB & Organisasi Antarabangsa

Artikel berkaitan: “Wang hasil jualan akan dikawal saya” – Trump Maklum Venezuela Akan Serah 50 Tong Minyak Kepada AS

Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott berkata, pentadbiran Trump bertindak bagi menamatkan penyalahgunaan sistem imigresen AS oleh pihak yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kekayaan rakyat negara itu.

“Pemprosesan visa imigresen daripada 75 negara ini akan ditangguhkan sementara Jabatan Negara menilai semula prosedur pemprosesan imigresen untuk menghalang kemasukan warga asing yang akan mengambil bantuan kebajikan dan faedah awam,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt memaklumkan antara negara yang terjejas termasuk Somalia, Rusia dan Iran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ben Crump (@attorneycrump)

Seorang pegawai AS turut mendedahkan bahawa beberapa negara lain seperti Brazil, Mesir, Thailand, Nigeria, Iraq dan Yaman juga terlibat dalam penangguhan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Negara masih belum mengeluarkan senarai penuh negara yang terkesan dengan keputusan berkenaan.

Difahamkan, penangguhan itu akan berkuat kuasa bermula 21 Januari tanpa sebarang tarikh tamat ditetapkan.

Trump sebelum ini berulang kali menyuarakan hasratnya untuk mengurangkan kemasukan pendatang bukan keturunan Eropah ke AS.

Beliau juga pernah secara terbuka menggambarkan rakyat Somalia sebagai “sampah”, namun pada masa sama menyatakan kesediaan untuk “membuka pintu” kepada warga Scandinavia yang mahu berpindah ke AS.

Menurut Jabatan Negara, sejak Trump kembali memegang tampuk kepimpinan, lebih 100,000 visa telah dibatalkan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.