Amerika Syarikat mencadangkan pelan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, Palestin, disertai pembebasan 28 tebusan Israel dan 125 tahanan Palestin serta penyerahan 180 mayat rakyat Palestin.
Pelan itu, yang dijamin Presiden AS Donald Trump bersama pengantara Mesir dan Qatar, turut memperuntukkan penghantaran bantuan ke Gaza sejurus Hamas menandatangani perjanjian.
Memetik laporan Buletin TV3, Israel dilaporkan bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Hamas masih meneliti pelan dan dijangka memberi maklum balas dalam sehari dua ini.
Pelan turut menetapkan Hamas membebaskan baki 30 tebusan selepas gencatan senjata kekal dimeterai.
Sebelum ini, rundingan gencatan gagal berikutan tuntutan bercanggah: Israel mahu Hamas dibubarkan dan menyerahkan semua tebusan, manakala Hamas menuntut tentera Israel berundur dari Gaza dan perang ditamatkan sepenuhnya.
Baca: Hanya Wanita, Kanak-Kanak Jadi Mangsa Serangan Udara Di Gaza – PBB