in

“Trump adalah presiden saya selamanya” – Nak Tunjuk ‘Support’ Pada Trump Walaupun Kalah Tapi Guna Bendera Malaysia Pula!

Feat3 1

Pilihan Raya Amerika Syarikat berakhir pada hujung minggu lalu dan keputusan undian memihak kepada Joe Biden yang mengalahkan Donald Trump dan bakal dilantik menjadi Presiden AS ke-46.

Kekalahan Trump bukan saja mengecewakan dirinya sendiri tetapi juga menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong-penyokong tegar beliau di negara itu.

Trump1

Melalui media sosial, ramai penyokong Trump meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana kekalahan beliau. Ada juga yang turut menyatakan sokongan mereka terhadap Trump meskipun beliau bukan lagi Presiden AS.

Trump5

Namun, salah satu tweet penyokong tegar Trump telah mendapat perhatian daripada ramai orang bukan saja negara itu tetapi juga negara kita. Eh?

Kata lelaki itu, dia sangat percaya dengan demokrasi dan tetap menyokong Trump meskipun apabila dia sudah tidak memerintah negara itu lagi. Tapi, di penghujung luahannya lelaki itu sepatutnya mahu meletakkan emoji bendera AS namun terguna bendera Malaysia!

https://twitter.com/wernerstarCEO/status/1324503173541859328

Kesalahan itu memang pantas disedari oleh ramai pengguna Twitter yang lain termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Melalui thread, ada beberapa netizen yang berseloroh dan membalas tweet tersebut dengan lirik lagu ‘Negaraku’, video tentang negara Malaysia dan macam-macam lagi.

Sementara itu, rakyat AS pula membalas tweet lelaki tersebut dengan memerli dia menggunakan bendera tersebut sedangkan mengaku dirinya ‘proud American patriot’. Tapi, yang paling admin tak boleh tahan bila ada netizen yang balas dengan video Sajat. Macamlah lelaki tu faham kan haha!

Baca: Kalah Pilihan Raya, Melania Katanya Sedang Menunggu Masa Untuk Bercerai Dengan Trump

Melania Trump