in

“True performers” – Gempak! Konsert Drive Thru Ariel Noah Buat Ramai Netizen Terpukau

Ariel7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim pandemik ini, penggiat seni tanah air merupakan antara golongan yang terjejas, kereta tidak dapat mempromosikan lagu atau albumnya memandangkan faktor pandemik Covid-19 yang membataskan penonton untuk berkerumun.


Namun begitu, ia bukan halangan dan batasan buat bekas vokalis Peter Pan, Ariel Noah ini. Rasanya, inovasi yang dilakukan ini pasti akan menjadi satu idea dan inspirasi penggiat seni yang lain.

 

Konsert Drive Thru

Satu video baru-baru ini telah menjadi tumpuan seluruh rakyat Indonesia dan Malaysia apabila melihat aksi Noah melakukan konsert dengan cara drive thru.

Dilihat Ariel Noah memakai kasut roda dan turun dari pentas untuk menuju ke satu perkarangan, semua penonton duduk dalam kereta sambil menonton Ariel Noah mengelilingi perkarangan itu.

Video itu kini sedang viral di Twitter dan menjadi tumpuan netizen dari Indonesia mahupun Malaysia.

Berbeza dengan konsert sebenar yang memerlukan tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan, mereka membunyi hon dan bagi high beam. Sudah semestinya mereka kagum apabila dirinya melakukan perkara sedemikian.

Video penuh

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji dengan cara pengendali menjalankan konsert ini, jaga SOP selain kagum dengan stamina Ariel.

 

Betul-betul SOP ni – Netizen

Ariel Ariel2

Kreatif, bertenaga, meriah dan dalam masa yang sama patuh SOP. Salute lah, lagi best pun ada sebab tak payah bersesak.

 

Baca : “Cocok sama Ariel Noah” – Muat Naik Video Mesra di Instagram, Netizen Mahu Jodohkan BCL Dengan Ariel Noah

Mesra Bcl Noah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.