in

Ini ‘Trick’ Nak Beli Barang Dengan Harga Terendah Di Jualan Raya Fantastik Lazada

ft lazada raya campaign

Memasuki minggu ke-2 Ramadan, jualan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri semakin rancak. Tidak kiralah secara fizikal mahupun online, pastinya sekarang ni dah ada promosi raya atau tawaran-tawaran menarik yang diberikan.

Kalau korang nak tahu, Lazada juga akan mengadakan Jualan Raya Fantastik yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai tawaran terbaik selama 3 hari bermula  24 Mac jam 8 malam sehingga 27 Mac 2024 nanti.

Apa yang pasti, korang boleh menerima diskaun hebat sehingga 90% serta jaminan harga terendah untuk pelbagai barangan keperluan perayaan, dekorasi, fesyen terkini dan banyak lagi melalui tawaran-tawaran khas Lazada. Nikmati penjimatan yang berbaloi dengan tawaran Mesti Beli untuk jenama seperti Dyson, lululemon, Samsonite, adidas, Sulwhasoo, DJI, dan banyak lagi!

KV Raya 1920x1080 1

Alang-alang dah cerita tentang Jualan Raya Fantastik ni, kitorang nak spill sikit rahsia yang kitorang dapat daripada sumber dalaman supaya korang boleh manfaatkan sepenuhnya tawaran-tawaran yang ada dan memaksimumkan penjimatan korang.

Ada beberapa ‘trick’ yang korang boleh gunakan seperti :

1. LazFlash

SKUs Raya 1920x1080 1

Korang cari bahagian LazFlash di aplikasi atau laman web Lazada, biasanya berada di paparan utama. LazFlash ni akan tawarkan produk best-selling dan juga memaparkan produk jenama besar yang ikonik termasuk Nike, GSK, Blackmores, Lenovo, Nestle dan lain-lain lagi!

Korang boleh dapatkan harga terbaik di pasaran untuk barangan yang korang mahukan atau sukai melalui LazFlash ni. Nak lebih penjimatan, boleh buat pembelian mengikut durasi atau masa yang dipaparkan. Nak lagi best, korang boleh menerima diskaun sehingga 90% di LazFlash Extra!

2. Choice

Choice Jualan Raya Fantastik Lazada

Beli barangan berkualiti tinggi dan gabungkan 4 atau lebih barangan lain untuk dapatkan tawaran lebih murah, serta penghantaran percuma.

Sempena Jualan Raya Fantastik nanti, semakin lebih korang beli barangan dari Choice, lebih lagi barangan percuma korang boleh dapat!. ‘Trick’ untuk dapat harga murah dan tawaran yang best di Choice ni, korang kena tunggu Lightning Deals atau cari label Limited New Sale untuk dapat lebih penjimatan, dengan harga barangan lebih rendah.

Jangan lupa untuk ‘bundle’ kan pembelian Choice korang untuk nikmati penghantaran percuma tau! Kalau korang pengguna baru Choice, korang boleh dapat diskaun sehingga 90% juga tau.

3. LazBonus

Lazada Bonus ni korang boleh kumpul dan dapatkan diskaun sehingga RM9 dengan setiap pembelian bernilai RM90. ‘Trick’ untuk Lazada Bonus ni, korang boleh tambahkan dan gunakan serentak dengan tawaran lain seperti baucar dari seller, LazCoins, LazCash dan juga gunakan Penghantaran Percuma untuk penjimatan maksimum.

4. Permainan & Aktiviti

Win Share Step 1 horz 1

Win Share Step 3 horz

Win Share Step 5

Hadiah Gempak Fantastik – Play & Win

Selain daripada 3 tawaran tadi, korang juga boleh sertai pelbagai permainan interaktif yang ada dalam aplikasi dan laman web seperti Hadiah Gempak Fantastik Lazada – Play and Win bermula 24 Mac, 8 malam hingga 27 Mac nanti.

Mudah je caranya, korang hanya perlu buat pembelian macam biasa di Lazada dan setiap 3 pesanan ke 250, korang akan menerima hadiah menarik berjumlah lebih RM50,000 daripada palbagai jenama seperti 70mai, BOSCH, NeckPro+, Getha, Benefit dan banyak lagi. 

Ketik dan Menang 

Kalau korang pergi ke channel Voucher Centre ada permainan Tap & Win dan korang ada 3 peluang untuk menang baucar atau hadiah. ‘Trick’ dekat sini adalah korang perlu kongsikan permainan ini kepada kawan atau ahli keluarga, so peluang nak menang tu lebih tinggi.

Pertempuran Raya

WhatsApp Image 2024 03 14 at 12.14.23

Korang boleh cari geng seramai 5 orang untuk ambil bahagian dalam Win & Share battle. Kalau berjaya menang Daily Match game ni, korang bakal memenangi LazCash yang boleh digunakan untuk membuat pembelian. Caranya mudah, selesaikan misi harian untuk dapatkan mata dan kalahkan team lawan dengan pungutan mata tertinggi setiap hari. Lebih daripada RM1.5 juta LazCash tersedia untuk dimenangi!

LazCoins

LazCoins Jualan Raya Fantastik Lazada

Dapatkan lebih banyak LazCoins bila korang check-in di saluran LazCoins bermula dari 23 hingga 27 Mac nanti. Kekalkan ‘streak’ harian untuk memungut sebanyak mungkin LazCoins untuk dapatkan ‘offer’ terbaik dalam pelbagai kategori. Untuk penjimatan lebih berbaloi, pastikan buat pembelian menggunakan LazCoin melalui saluran LazCoins untuk dapatkan diskaun yang lagi tinggi!

Treasure Hunt

Terakhir, kalau korang rasa korang bertuah, boleh semak bahagian Treasure Hunt di saluran LazCoins dan gunakan ‘coin’ korang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. ‘Trick’ nak menang hadiah, korang kena berbelanja lebih banyak lah. Secara tak langsung, akan meningkatkan peluang korang untuk menang cabutan bertuah. Manalah tahu, menang ‘smartphone’ ke, produk kecantikan atau barangan rumah.

Chop! Ada trick terakhir yang kitorang nak share dengan korang iaitu Lazada sekarang dah mempertambah baik polisi Change of Mind diorang yang kini meliputi pelbagai lagi kategori, penjual dan produk tau. Kelebihan pada pembeli adalah, pembeli kini boleh batalkan pesanan bila-bila masa sebelum penghantaran disahkan, secara tak langsung korang boleh pilih produk yang terbaik untuk dibeli.

Selain itu, pembelian melalui LazMall dan Choice juga dah ada tempoh pemulangan yang dah dipanjangkan tau! Kalau sebelum ni hanya 15 hari, kini tempoh tersebut dipanjangkan kepada 30 hari. Sekiranya korang berubah fikiran selepas membuat pembelian, korang ada tempoh lebih panjang untuk berfikir dan kemudiannya sekiranya perlu, boleh lakukan pemulangan secara percuma!

Jadi tunggu apa lagi, tandakan kalendar korang pada 24 Mac jam 8 malam sehingga 27 Mac 2024 dan sertai kemeriahan Jualan Raya Fantastik Lazada!