Hangat diperkatakan di media sosial berkenaan sebuah video yang tular sehingga mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Tular video ‘Reyhan’ di TikTok
Video yang berdurasi 15 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan seorang wanita yang menyanyikan sebuah lagu dan mengaitkan nama ‘Reyhan’ di dalam lagu tersebut.
@lembata_intan
Susulan daripada video itu, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan wanita tersebut dan siap ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan ‘Reyhan’ itu? Ada juga yang membuat video parodi dengan menggunakan suaranya di laman TikTok tersebut.
“Begitu syulit lupakan reyhan.”
Siapakah ‘Reyhan’ sebenarnya?
Untuk merungkai siapakah Reyhan di sebalik ‘kesyulitan’ dalam video tersebut, sebuah rancangan realiti di Indonesia telah menjemput gadis viral itu ke studio dan memberi penjelasan mengenai video yang tular itu.
Menerusi rancangan itu, Intan Lembata berkata Reyhan merupakan lelaki dalam mimpinya manakala lagu tersebut merupakan asalnya daripada kumpulan The Junas yang berjudul Cukup Dikenang Saja.
@riochandra_dp Membalas @syahrul_bn ? #riochandra_new #hitstiktok #DewiPerssik #Celebrity
Sebelum ini, video asal gadis itu telah meraih 28 juta tontonan dengan lebih 1 juta sukaan yang telah menarik perhatian netizen bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia sekali!
Netizen lega misteri terungkai, boleh dah tidur lena!
Video itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang sangat terkesan dengan video tersebut. Dalam masa yang sama juga, netizen akhirnya seakan berasa lega selepas mengetahui siapakah Reyhan yang sebenarnya.
Fuh lega lepas dapat tahu…Min pun sekali boleh tidur lena!
Baca: “Mahal betul” – Satu Video TikTok Khaby Lame Bernilai RM 3.4 Juta