in

“Trauma guna seterika, elak lalu UPNM” – Ibu Allahyarham Zulfarhan Tak Maafkan Pelaku

Ibu Zulfarhan Trauma Guna Seterika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sememangnya meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun sudah enam tahun peristiwa itu berlaku, ibu Allahyarham iaitu Hawa Osman masih tidak dapat menerima cara arwah didera walaupun sudah reda dengan kematiannya.


Artikel berkaitan: “Iron untuk gosok baju” – [VIDEO] Bapa Terkilan ‘Ultras’ UKM Menganjing UPNM Sampai Kait Arwah Zulfarhan

Artikel berkaitan: “Tak ada bukti, main serkap jarang” – Bapa Zulfarhan Yakin Anak Masih Hidup Kalau Tak Difitnah Bomoh

Katanya, setiap kali mendengar kes buli berlaku pastinya dia akan menitiskan air mata. Tambahnya, sejak kes itu, dia dan suami trauma menggunakan seterika apabila mengenangkan penderitaan dilalui Zulfarhan.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur 1635836017

“Setiap malam saya menangis, saya berharap pembuli-pembuli itu merasai sendiri kesakitan yang dilakukan terhadap mangsa.

“Jika keadaan tidak mendesak, selalunya anak lain akan menggosok pakaian kami, tapi kami tidak akan menggunakan seterika wap,” katanya.

Bukan itu saja, mereka juga trauma setiap kali melihat UPNM dan akan mengelak melalui jalan itu bahkan ‘mengharamkan’ anak cucunya untuk memasuki universiti terbabit.

Menurut Hawa, dia tidak akan memaafkan pelaku yang terlibat membuli anaknya sehingga akhir hayat.

“Saya berdoa kepada Allah SWT biarlah pelaku-pelaku itu mendapat balasan di dunia dan akhirat,” katanya.

Allahyarham Zulfarhan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 selepas menderita ditekap seterika wap sebanyak 90 kali oleh sekumpulan penuntut universiti berkenaan dan enam daripada mereka kini menjalani hukuman penjara 18 tahun.

Manakala 12 tertuduh yang lain juga sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah mencederakan Zulfarhan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.