Penggunaan peta online seperti Waze dan Google Maps memang sering digunakan oleh pengguna jalan raya untuk sampai ke sesuatu destinasi terutamanya kalau kita tak pernah datang ke tempat tu.
Namun, buat seorang pemandu trak pikap ini pula, dia berhadapan dengan detik-detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba jatuh ke dalam sungai selepas melalui jambatan jenis buluh di sebuah perkampungan di Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini, lapor Kompas.com.
Difahamkan, pemandu tersebut datang ke kampung untuk menghantar muatan jenis kayu bakar ke sebuah rumah di kampung tersebut.
Dia dikatakan menggunakan peta Google untuk sampai ke tempat itu sebab ketika tu hujan, jadi katanya susah untuk berhenti dan tanya penduduk kampung tentang jalan ke rumah terbabit.
Rupa-rupanya, jalan melalui jambatan buluh yang ditunjukkan peta tu sebenarnya salah sebab ada jalan lain yang lebih besar untuk kereta dan trak. Kenderaan berwarna putih tu pula jatuh dalam sungai sebab jambatan buluh tu tak mampu nak tampung berat trak.
Namun, nasib pemandu tu masih baik sebab trak tu tak dihanyutkan arus sungai. Jambatan buluh itu kini akan diperbaiki semula dengan usaha gotong royong penduduk di situ.
Walaupun kejadian ni di Indonesia, hati-hati guys ikut Google Maps lepas ni ketika memandu.
Sumber: Kompas.com