in

Hilang Selama 11 Tahun Diculik Penghibur Jalanan, Pemuda Ini Berjaya Jumpa Keluarga Semula Dengan ‘Google Map’

Hilang5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membesar tanpa keluarga selama 11 tahun, bukan yatim piatu, bukan sesat jalan, tapi diculik manusia tanpa empati.


Ervan Wahyu Anjasworo, seorang pemuda berusia 17 tahun akhirnya bersatu semula dengan keluarganya selepas 11 tahun menghilang terima kasih kepada Google Map.

 

Teringat neneknya selalu bawa ke pasar ini

Pemuda ini yang sedang menjalani latihan kerja di Pusat Rehabilitasi Sosial Anak Berhadapan dengan Hukum (PRSABH) daerah Cileungsi, wilayah Bogor katanya saja-saja cari maklumat mengenai Pasar Gonggang menerusi Google.

Hilang3.1

Jelasnya dia teringat tentang pasar tersebut sebab masa kecil neneknya selalu bawa pergi berbelanja.

“September lepas saya main komputer. Saja je cari-cari maklumat dekat Google Maps.”

“Awalnya, saya membuat mencari Solo di Google. Tapi Solo ini ada di beberapa tempat, Wonogiri, Boyolali dan Sragen.”

Saya lihat satu persatu menerusi Street View dan menemui Pasar Gonggang sama dengan ingatan sewaktu kecil.”

Kemudiannya, Ervan telah menghantar alamat pasar tersebut ke pekerja sosial pusat di situ. Menurutnya,

“Ketua pusat menghubungi pihak dari Solo, Wonogiri dan wilayah di Jawa Tengah sampai akhirnya ke Sragen.”

Setelah itu, dia menerima beberapa gambar keluarganya termasuk semasa dirinya masih kecil dari Sragen. Tanpa perlu berfikir panjang, Ervan dapat mengenali kesemua keluarganya dan dihantar semula ke pangkuan mereka.

Hilang6

 

Diculik penghibur jalanan

Cerita Ervan mengenang kembali saat dirinya hilang, dia telah diculik oleh penghibur jalanan yang pura-pura mahu menghantarnya pulang. Malah, dia dipaksa untuk melakukan persembahan bersama-sama penculik itu.

Namun, ujian demi ujian, dia telah ditinggalkan sendirian di masjid oleh penculik yang membuatkan dirinya terpaksa hidup di jalanan sebelum dibawa ke pusat kebajikan.

Saya hidup di jalanan selama 2 tahun.”

Hilang1

Tapi, tak selamanya hujan betul? Dia dibesarkan di pusat kebajikan kanak-kanak dan meneruskan pengajian di sebuah institusi agama. Ini bermaksud, dia mendapat penjagaan dan pendidikan yang cukup seperti remaja seusianya.

Sumber : asiaone

 

Baca : Gara-gara Hilangkan Tupperware Mak, Mahasiswa Takut Balik Rumah, Tidur Rumah Kawan

Feat Botol Final

Sumber: Solopos
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.