in

Tragis! Remaja Indonesia Dibun*h Ketika Meniaga, Impian Nak Sambung Belajar & Bantu Keluarga Hancur

Syaz Ft 2024 09 11T132309.314

Satu kes pembunuhan menyayat hati di Indonesia berlaku minggu ini di mana seorang gadis berusia 18 tahun dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui tanpa seurat benang.

Nia Kurnia Sari baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah (SMA) dan merupakan seorang peniaga makanan bergoreng seperti cucur dan risoles.

Artikel berkaitan: “Baru 8 hari bekerja” –  4 Jam Hilang, Lelaki Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Kilang Sawit

Artikel berkaitan: Pasangan ‘Traveller’ Dari Sepanyol Kongsi Kisah Tragis, Kena Rompak & Isteri Kena Rogol 7 Lelaki Di India

Dia sebelum ini dilaporkan hilang pada Jumaat lalu dan mayatnya ditemui pada 8 September lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman, Inspektor AA Reggy berkata, proses siasatan diteruskan sejak mayat mangsa ditemui.

Difahamkan, proses bedah siasat telah selesai namun pihak penyiasat masih belum dapat mendedahkan keputusannya.

Beberapa saksi turut disoal siasat, ia termasuklah ahli keluarga sehinggalah penduduk yang pernah bertemu mangsa.

“Jadi, kami belum dapat menamakan suspek dalam kes ini. Sehingga kini kita masih menjalankan penyelidikan dan siasatan mendalam berdasarkan keterangan saksi dan fakta lapangan,” katanya.

Menurut laporan Tribun, Nia merupakan seorang gadis yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah, dia memilih untuk menjual makanan bergoreng atau gorengan bagi membantu ekonomi keluarga selain mencari duit untuk menyambung pengajiannya.

Rakan serta guru sekolahnya juga memuji Nia kerana dia tidak malu untuk berniaga di sekolah dan disifatkan sebagai seorang murid yang sangat rajin.

Sumber: Tribun News