in

UPDATE : Tragedi Kepala Air Jeram Mawar, 9 Maut Manakala 1 Masih Hilang

Kepala Air Jeram Mawar Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepuluh sekeluarga yang berasal dari Kuantan dikhuatiri lemas selepas penemuan dua mayat yang menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, semalam.

Mayat pertama, seorang wanita dijumpai orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala mayat kedua, seorang lelaki ditemukan di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.


Tragedi menyayat hati itu turut menemukan sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita dan sebuah motosikal jenis SYM, lapor Buletin TV3.

8 lagi mangsa dikenal pasti

Pencarian lapan lagi mangsa disambung pada hari ini dengan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada penduduk tempatan.

Polis memaklumkan, pasukan penyelamat percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras.

Lapan mangsa yang dikategorikan sebagai masih hilang ialah Karim Abdullah, 39, dan enam anaknya iaitu Putri Balqis Izzati, 18; Putri Alleya Maisarah, 16; Putri Nor Fatin, 14; Putri Nurerina Natasya, 10; Muhammad Haziqah Ziqree, 6; dan Putri Aryana Umaira, 4.

Seorang lagi mangsa ialah Muhammad Fikri Salman, 24, yang juga tunang Puteri Balqis Izzati.

51688331372 Freesize

Dua mangsa yang telah ditemukan adalah isteri Karim, Azizah Eiyi, 40 tahun dan anak keempat mereka, Muhammad Haikal Zulqarnain, 11 tahun.

Sementara itu, polis percaya mangsa mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.

Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba.

Difahamkan, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus tidak sempat untuk mangsa melarikan diri ketika sedang mandi di situ.

KEMASKINI

Tujuh lagi mayat mangsa ditemui pagi tadi menjadikan keseluruhan mangsa ditemui setakat ini adalah seramai sembilan orang.

Baca: Warga Asing Jual Jagung Bakar Depan KLCC Undang Persoalan, Mana Pihak Berwajib?
Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.