China adalah salah satu negara yang paling berpengaruh di dunia tapi malangnya tanpa diketahui ramai mereka memperlakukan umat Islam di sana dengan sangat kejam.
Admin malas nak bermadah ke apa, straight to the point jela. Satu dunia tak tahu sebenarnya di China pernah berlaku penuaian organ di wilayah Uyghur pada tahun 1995 dan majoriti penduduk beragama Islam.
Pada tahun 2013, pakar bedah, Enver Tohti berkongsi tentang pengalaman dia sewaktu menjadi salah seorang individu yang bertanggungjawab untuk keluarkan organ-organ dalaman tu. Menurut Enver, dia tak tahu yang dia terlibat dalam program penuaian organ ni dan hanya sedar selepas beberapa tahun.
Banduan yang dijatuhkan hukuman mati sengaja tidak dilaksanakan
Cara mereka melaksanakan program ni, banduan Uyghur yang dijatuhkan hukuman mati tidak dibunuh. Kesemua banduan tu terlibat secara paksa dalam program ini.
“Saya dipanggil oleh ketua pakar bedah untuk pergi ke sebuah bilik berhampiran kawasan pelaksanaan hukum di Urumqi (China) untuk mengeluarkan hati dan 2 buah pinggang dari seorang banduan yang dibunuh.
“Banduan itu tidak mati kerana mereka (pasukan eksekusi China) menembaknya di dada kanan (dengan sengaja) untuk membuatkan mereka tidak sedar (tanpa membunuh). Ini supaya saya mempunyai masa untuk mengeluarkan organ-organ.”
Tidak rasa bersalah, anggap hanya jalankan tugas
Kata Enver, semuanya bermula ketika dia diarahkan untuk buat rondaan dekat kawasan pelaksanaan. Ketika tu, dia terdengar bunyi tembakan dan nampak 5 banduan lelaki terbaring bergelimpangan atas tanah dengan kepala yang dah pecah kena tembak.
Lepas tu dia nampak lelaki keenam tetapi berpakaian seperti penduduk biasa, ditembak di bahagian kanan dada dan masih hidup. Dia kemudian diarahkan untuk buat ‘pembedahan’.
Pembedahan tu diarahkan oleh ketua pakar bedah dan banduan tidak diberikan suntikan bius. Enver juga cerita yang dia menjadi saksi jantung banduan tu masih berdegup waktu dia nak keluarkan hati dan buah pinggang.
Dia (mangsa) masih hidup, tetapi saya tidak rasa bersalah. Saya tidak rasa apa-apa seperti robot yang diprogramkan dan hanya menjalankan tugas. Saya fikir saya telah menjalankan kewajipan saya untuk menghapus musuh negara.”
Organ dijual pada orang kaya Arab Saudi
Mac 2019, Enver Tohti ada beritahu Radio Free Asia yang dia percaya para pelanggan utama organ tu semua adalah penerima pemindahan organ dari Arab Saudi yang kaya raya. Lebih teruk, China promote organ yang diambil melalui program penuaian ni secara besar-besaran dan label ia sebagai ‘organ halal’.
Larikan diri, menyesal sehingga hari ini
Tiga tahun lepas tu, Enver larikan diri dari China lepas dia dedahkan yang satu kemudahan ujian senjata nuklear dekat Xinjiang menjadi penyebab kenaikan kadar kanser di Uyghur.
Pada ketika dia ditemubual tahun 2013 tu, Enver bekerja sebagai pemandu Uber separuh masa dekat London kerana tak ada kelayakan untuk jadi doktor bedah di sana. Enver akui rasa bersalah menyelubungi diri dia setiap hari sehingga hari ini.
Saya masih rasa bersalah terhadap apa yang saya lakukan kepada lelaki yang meninggal dunia. Saya pergi ke masjid, gereja dan kuil untuk berdoa minta pengampunan Tuhan.”
Admin tak dapat bayangkan sakit dan penderitaan mangsa-mangsa. Lagi satu, tak faham betul orang yang terlibat dalam program ni. Takde perasaan langsung eh?