PKPB telahpun dijalankan dan secara langsungnya anggota polis dan tentera yang bertanggungjawab untuk menjaga pergerakan rakyat Malaysia ini telah pun menamatkan tugas mereka.
Disebabkan itu, ramai yang tak putus-putus memberikan tanda penghargaan kepada Fikri Husaini yang merupakan salah seorang pekerja barisan hadapan ini selepas dia membuat satu ucapan di Twitter. Rasa sebak pun ada.
Izinkan kami mengundur diri. Tak bererti kami mengalah. Sekarang tanggungjawab anda untuk jaga diri anda.”
Raih 14.7K retweets dan 35.2K likes dalam masa 24 jam, ramai netizen tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Fikri ini, malah, ada juga pekerja barisan hadapan lain seperti rakan sekerjanya, jururawat kongsikan gambar mereka di ruangan komen tweet ini.
Sedih pula aku baca caption dia – Netizen
Malah ramai juga yang berikan tanda hormat kepada para frontliner yang bertungkus lumus, jadi jomlah kita sama-sama ucapkan terima kasih kepada mereka ini.
Semalam, MalaysiaKini melaporkan bahawa Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Baca : Rakyat Bebas Bergerak Rentas Daerah & Tiada Had Masa Dibawah PKPB – Ismail Sabri