in

“TPM arahkan saya” – Dr Asyraf Bagi Amaran Tegas, Jangan Sorokkan Kes Buli Di MRSM

Ft Dr Asyraf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini dilihat semakin menjadi-jadi, selepas kes yang terjadi kepada arwah Zulfarhan, muncul pula kes seorang penuntut ditekap seterika dan terkini ada kes seorang lagi pelatih dibuli sehingga patah tulang rusuk.

Susulan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dengan tegas mengingatkan mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) agar tidak menyembunyikan kes buli.


Artikel berkaitan : Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar UPNM Retak Tulang Rusuk Dipijak Senior

Artikel berkaitan : Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tak Bersalah T*kap Seterika Pada Rakan Sekelas

Menerusi Facebook miliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan beliau agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang ‘disorokkan’.

“Malah jika saya dapat maklumat ada usaha menyorokkan maklumat dan menutup kes-kes berkaitan buli atas apa jua alasan, YAB TPM Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengarahkan saya untuk turut ambil tindakan tegas termasuk menukar Pengetua, Pengarah MRSM atau IPMA terbabit.”

Tambah beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pembuli, tak perlu mengira latar belakang individu terlibat.

“Sebelum ini saya sudah tegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM, IKM, KKTM, KPTM, UniKL, UPTM.”

“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA; “YOU TOUCH YOU GO!”.”

Untuk rekod, berkenaan dengan kejadian mangsa yang dipijak penuntut senior sampai tulang rusuk patah tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah merakam percakapan sembilan individu berhubung kes buli berkenaan, dengan suspek utama kes itu dijadual dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, petang Isnin.

Sumber : Facebook, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.