in

“Toxic relationship” – Pertunangan Zarina Anjoulie & Datuk Khazrul Rupanya Rekaan, Tak Dapat Restu Ibu Anju

anju 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, hubungan pelakon Zarina Anjoulie bersama usahawan, Datuk Khazrul Elzey dikatakan masih dalam ikatan pertunangan namun baru-baru ini, Datuk Khazrul mendedahkan bahawa hubungan mereka hanyalah palsu semata-mata.

Menerusi temu bual mStar Online bersama Datuk Khazrul, dia mengakui tidak mahu berselindung dengan mulut netizen yang menganggap mereka masih lagi bertunang.


anju 1

Hubungan hanya rancangan demi naikkan populariti Anju?

Datuk Khazrul sebenarnya ingin mendirikan rumah tangga bersama pelakon itu namun atas beberapa sebab dan masalah yang tidak dapat dielakkan, dia menganggap jodohnya dan Anju tidak panjang.

Saya nak mendirikan rumah tangga, cuma ada masalah dan kekangan. Jadi, saya dan Anju tidak boleh bersama lagi. Ada masalah keluarga dan masalah lain. Saya tak tahu cinta sebenar, betul atau tidak?

Setelah enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya membantunya. Jadi saya tolonglah dia sebab saya sayangkannya.

Menurutnya juga, kisah pertunangan mereka itu direka kerana kemahuan Zarina Anjoulie yang ingin meraih populariti dalam industri hiburan.

Kontroversi beri kesan negatif pada kerjaya

Dia mengakui kontroversi yang berlaku sedikit sebanyak menganggu kerjayanya sebagai seorang usahawan. Dia juga terpaksa menerangkan hal privasi kepada majikannya kerana ingin membersihkan kontroversi yang berlaku.

Sangat negatif dalam bidang kerjaya, kes Anju dan pelakon tu bergaduh.. menyebabkan benda-benda yang tak sepatutnya dia cakap.. media publish dalam Facebook, Instagram. Bos I semua ada media sosial. Jadi, bila lalu dekat wall, diaorang akan tanya saya.. What’s happened? So, I kena explain benda bergaduh. Benda tu not healthy for me.

Artikel berkaitan: “Cerita pasal followers je” – Pernah Berkawan & Bergaduh, Zarina Anjoulie ‘Expose’ Pasal Fathia Latiff

Artikel berkaitan: “Mama papa is back!” – Peminat Teruja Zarina Anjoulie Kembali Bersama Dengan Bekas Tunang

Dia enggan menyalahkan sesiapa tetapi bersyukur kerana ramai orang telah mendoakan yang baik untuk dia dan Anju selama ini. Datuk Khazrul mendedahkan hubungan mereka juga tidak mendapat restu ibu pelakon tersebut.

Kalau tak ada restu keluarga, macam mana nak kahwin? Takkan saya nak bawa Anju kahwin tempat lain? Saya dan Anju pun dah tua. Bukan kita budak-budak lagi. Masalahnya takde restu ibu, kalau tak, tak berkat perkahwinan saya.

Berat hati nak cakap perkara ni, saya tak nak menjatuhkan air muka Anju. Tapi, saya terpaksa cakap perkara sebenar supaya masyarakat di luar sana tak fitnah saya lagi. Saya buat semua ni kerana Anju. Saya tahu tak boleh get back dengan Anju tapi takkan saya nak menipu?

Datuk Khazrul tidak mahu sesiapa bertanya kepadanya bila mahu berkahwin dan hanya reda dengan apa yang berlaku. Jika diberi restu oleh ibu Anju, dia berasa amat bersyukur dan akan menyegerakan pernikahan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.