in

‪Topik Perceraian Jadi Tajuk Khutbah Solat Jumaat, Netizen Dakwa Gara-gara Penangan Fattah-Fazura?

Ft Khubah Penceraian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, topik yang menjadi tajuk khutbah di masjid seluruh negeri Selangor adalah “Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Perceraian” dan ia menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Ia susulan dengan banyak kes perceraian terjadi baru-baru ini dan paling ketara yang mendapat perhatian orang ramai adalah perceraian pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura.


Artikel berkaitan : Netizen Puji Tindakan Janna Nick Tanya Suami Tentang Khutbah Jumaat Terakhir 2023

Artikel berkaitan : PMX Sampaikan Khutbah Jumaat Di New York, Sempat Pimpin Pengislaman Saudara Baru

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa topik itu dibahaskan berikutan dengan kes mereka ini.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang terhibur dan ada juga bersetuju dengan tindakan JAIS membahaskan isu ini, ada juga yang mendakwa sudah 3 minggu berturut-turut khutbah membahaskan isu semasa.

“3 minggu berturut turut ye khutbah di Selangor cover isu semasa. Good job JAIS.”

“Ni lah tujuan khutbah, bagi nasihat dan ceritakan apa yang baik dah apa yang buruk. Isu semasa la topik paling terbaik untuk khutbah.”

“Because the statement from one of them itself make JAIS has to come out.”

“Sangat bagus ye team JAIS cakna isu semasa, relatable. Reminding us, MEN bila dengar khutbah ni, balik tegur bini mak adik / kakak kalau mula sembang pasal hubungan orang lain n bincang cara jaga hubungan lebih baik supaya tak cerai berai.”

Kalau betul disebabkan mereka, memang hebat betul penangannya.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.