Selepas 11 hari, Sukan Komanwel edisi 2022 yang diadakan di Birmingham, England telah pun melabuhkan tirainya semalam.
Temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu menyaksikan persaingan daripada 72 negara-negara Komanwel dan setiap daripadanya menghantar sekurang-kurangnya seorang atlet dalam satu acara sukan.
Sasaran enam pingat emas diletakkan buat kontinjen Malaysia dan tahun ini sebuah lagi sejarah dilakarkan dalam pentas Sukan Komanwel selepas atlet negara kita berjaya melepasi sasaran tersebut dan mendapat 7 emas.
Selain itu, atlet-atlet Malaysia juga berjaya membawa pulang 8 pingat perak serta 8 pingat gangsa, ini menjadikan 23 pingat telah disumbangkan oleh kontinjen Malaysia.
Berikut adalah acara dan pingat yang dapat dikumpul oleh wira dan wirawati negara;
Emas
Badminton
Berpasukan Campuran: Chan Peng Soon, Aaron Chia, Ng Tze Yong, Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng, Cheah Yee See, Goh Jin Wei, Lai Pei Jing, Pearly Tan, M. Thinaah
Beregu Wanita: Pearly Tan-M. Thinaah
Para powerlifting
Lightweight: Bonnie Bunyau Gustin
Gimnastik berirama
Bola, reben (dua emas): Ng Joe Ee
Angkat Berat
Bawah 55kg Lelaki: Aniq Kasdan
Angkat berat
Bawah 61kg Lelaki: Aznil Bidin
Perak
Badminton
Perseorangan lelaki: Ng Tze Yong
Terjun
3m papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri
Papan anjal 3m wanita seirama: Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng
Papan anjal 3m lelaki seirama: Syafiq Puteh, Gabriel Gilbert Daim
Boling Padang
Women Triples: Azlina Arshad, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman, Nur Ain Nabilah Tarmizi
Pingpong
Beregu campuran: Choong Javen, Karen Lyne
Pasukan wanita: Ho Ying, Tee Ai Xin, Karen Lyne, Alice Chang
Angkat berat
Bawah 73kg Lelaki: Erry Hidayat
Gangsa
Badminton
Beregu lelaki: Aaron Chia, Soh Wooi Yik
Beregu campuran: Tan Kian Meng, Lai Pei Jing
Terjun
3m papan anjal bercampur seirama: Syafiq Puteh, Nur Dhabitah Sabri
Judo
Bawah 73kg Lelaki: Amir Daniel Abdul Majeed
Boling Padang
Perseorangan wanita: Siti Zalina Ahmad
Berbasikal Trek
Keirin lelaki: Shah Firdaus Sahrom
Gimnastik berirama
Belantan: Izzah Amzan
Skuasy
Beregu wanita: Rachel Arnold, Aifa Azman
Tahniah Team Malaysia!
Baca: “Saya tak 100% fit” – Pandelela Luah Rasa Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Pingat Sukan Komanwel