Baru-baru ini sebuah video mengenai ayam percik yang dijual oleh salah seorang peniaga di sebuah bazar Ramadan di Pulau Pinang telah menjadi bualan hangat netizen.
Video yang dimuat naik itu adalah bertujuan untuk mempromosikan makanan tersebut, bagaimanapun netizen lebih tertarik dengan cara penyediaan ayam percik itu.
@halalfoodie Ayam Percik?? ? Bazaar Ramadan Jalan Mahkahmah, Bayan Lepas #halalfoodie #InspirasiRamadan #BukaPuasa #penangfoodie
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat peniaga ayam percik tersebut bertindak menggunakan sebuah tong besar berwarna hitam untuk mengisi sos perapan ayam percik.
Kemudian, dia mencelup ayam berkenaan di dalam tong tersebut sebelum membakarnya di atas dapur arang yang telah disediakan.
Netizen meluahkan rasa terkejut apabila melihat cara penyediaan masakan tersebut yang dikatakan tidak mengikut prosedur kebersihan makanan yang sedia ada.
Netizen mengatakan bahawa tong berwarna hitam itu kebiasaannya akan digunakan untuk mengisi sampah sarap ataupun sisa makanan di rumah.
Sebagai peniaga ataupun siapa-siapa yang mengendali makanan kepada orang lain, kebersihan makanan dan juga tempat kerja harus dititikberatkan agar dapat menghindari dari sebarang penyakit.
Perkara ini telah dinyatakan dalam mana-mana Kursus Pengendali Makanan yang sepatutnya diambil oleh semua peniaga atau pekerja-pekerja di dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
“Tong tak salah, tapi kedudukan terlalu bawah, tak sesuai” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak senang apabila melihat keadaan tempat kerja dan juga cara penyediaan masakan tersebut yang didakwa kotor dan tidak mengikut SOP.
Sehingga kini masih belum ada apa-apa kenyataan daripada penjual tersebut..
Baca : Pesakit Gastrik Perlu Elak 7 Makanan Ini Ketika Berbuka, Nombor 2 Paling Tak Sangka!