Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu kempen yang dijalankan di panggung wayang di Vietnam dimana mana-mana individu yang membeli tiket wayang akan menerima popcorn percuma yang boleh diisikan ke dalam mana-mana bekas. Biar betikkk?!!!
Menerusi posting asal di sebuah grup Facebook, kempen terbabit dilancarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk menonton wayang.
MBO Cinemas bakal join sekaki?
Meskipun kempen ini berlaku di Vietnam, netizen negara ini turut tertarik dengan kempen berkenaan. Malah, ada juga yang cuba-cuba bertanyakan sama ada mana-mana wayang di Malaysia akan turut serta menjalankan kempen ni.
Tidak cukup dengan itu, sebuah grup Facebook, Kakimuvee juga telah mencabar mana-mana wayang di Malaysia untuk menyertai kempen ini dan… jeng, jeng, jeng!!!
ADA WAYANG YANG SAHUT CABARAN!
Menerusi portal Facebook rasmi mereka, MBO Cinemas merupakan yang terawal menyahut cabaran yang diberikan Kakimuvee dan netizen lain.
Kalau tak percaya, korang boleh tengok kat bawah ni:
https://www.facebook.com/mbocinemas/posts/10159161952223790
Min pasti, mesti ada diantara korang yang baca ni akan beranggapan ini cuma satu gurauan saja. Yelah kan, banyak tu popcorn yang perlu dibagi pada orang ramai kalau kempen ni jadi.
Selidik punya selidik, rupanya MBO Cinemas ni serius gais! Siap bagitau netizen dah boleh mula cari tong kat Shopee sementara mereka nak finalize beberapa terma dan syarat.
https://www.facebook.com/mbocinemas/posts/10159164543683790
Wahh! Tertarik menarik kau memang da bom la! Apa-apa pun, kita tunggu saja kenyataan rasmi MBO Cinemas bila mereka akan lancarkan kempen ni. Eksaited min!
Sumber: WE LOVE ASEAN
Baca: [VIDEO] Pesanan ‘Deep’ Dalam Wayang di Terengganu Buat Netizen Kagum