in

“Tolonglah mulut zip dengan simen” – Kongsi Foto Bra Merah, Uncle Kentang Cari Sukarelawan Wanita Tahu Jaga Aib

FT UNCLE FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti sumbangan dan sedekah kepada golongan yang memerlukan bukan lagi perkara yang asing di Malaysia ini. Ramai dermawan bukan sahaja dari kalangan hartawan sahaja, malah rakyat biasa juga tidak jemu-jemu memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

Antara yang kerap kita dengar adalah bantuan yang melibatkan kutipan derma, sumbangan dalam bentuk wang, makanan, pakaian dan sebagainya. Tetapi pernah tak korang dengar bantuan yang diberikan yang melibatkan isu-isu yang berkaitan kaum wanita seperti sumbangan tuala wanita, pakaian dalam dan sebagainya?


Kedengaran lucu dan tidak masuk akal, tetapi masih terdapat golongan susah yang terdiri daripada kaum hawa yang tidak mampu untuk membeli perkara-perkara ‘kecil’ seperti tuala wanita dan pakaian dalam yang elok dan bersih disebabkan masalah kewangan.

 

Gambar baju dalam merah & iklan cari sukarelawan wanita

Baru-baru ini, seorang aktivitis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang memuat naik sebuah posting di laman Facebooknya untuk mencari sukarelawan wanita yang berminat untuk menguruskan isu kewanitaan ini.

Beliau juga turut memuat naik sekeping gambar baju dalam berwarna merah menerusi posting iklan mencari sukarelawan wanita tersebut.

Prihatin dengan nasib sebilangan kaum wanita yang tidak mampu untuk membeli barangan ‘dalaman’ ini, Uncle Kentang berasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan tuala wanita kepada mereka yang memerlukan.

 

Pandai ‘zip’ mulut 

Walau bagaimanapun, terdapat juga syarat yang dikenakan oleh Uncle Kentang dalam mencari anggota sukarelawan wanita ini. Hah, antara calon yang dikehendaki ialah seorang yang pandai ‘zip’ mulut dan tahu untuk menjaga aib mereka yang susah ini daripada tersebar kepada orang lain.

“Sukarelawan ini perlu mulut dizip dan tak boleh dedahkan sesuka hati pemohon yang susah. Jangan nanti ada berita kata “alah dia tu tuala wanita pun nak minta orang”. Saya sangat berharap kita jaga aib mereka yang susah.” 

FB 1 1

 

Bawa beli pakaian dalam yang baru

Bukan setakat bantuan agihan tuala wanita, malah Uncle Kentang juga berhasrat untuk membawa gadis atau remaja perempuan untuk membeli pakaian dalam melalui sukarelawan wanita yang bakal dipilih ini.

Menjelaskan tujuannya, Uncle Kentang berkata, adalah amat penting untuk memupuk keyakinan dalam diri gadis atau remaja peremuan yang hidup dalam kesusahan.

Kalau bra pun lusuh dan buruk… ia tak bagi confidence hidup pada seorang anak gadis yang sedang matang. 

FB 2 1

Tambah uncle Kentang lagi, ramai gadis di Malaysia yang tidak mampu untuk membeli pakaian dalaman yang elok. Bukan itu sahaja, mereka malah tidak mampu untuk membeli tuala wanita. Oleh itu, mereka yang berkemampuan sebaiknya membantu menghulurkan sedikit bantuan kepada gadis-gadis ini untuk mendidik mereka menjadi seorang gadis yang unggul dan yakin.

 

“Jangan kata saya bodoh…” – Uncle Kentang

Jangan kata saya bodoh sampai bra pun nak jaga. Ia memberi keyakinan dan kualiti hidup kepada remaja yang sedang membesar.

FB 3 1

Uncle Kentang juga turut menitipkan pesanan buat para sukarelawan wanita yang beminat untuk mengagihkan sumbangan ‘kaum hawa’ ini supaya sentiasa berdisiplin, berhati mulia dan mulut ‘dizip dengan simen’.

Tatkala kita menjaga aib yang susah, Tuhan akan menjaga aib kita…

Baca: “Kenapalah dibuat ayah sendiri macam tu?” – Anak & Boyfriend Durjana Jual Kerusi Roda Elektrik Bapa OKU, Nasib Baiklah Uncle Kentang Tolong!

BACA UNCLE

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.