in

“Tolonglah jangan buat macam tu, ayah saya frontliner” – Muat Naik Video Jemaah Solat Rapatkan Saf, Zul Yahya Dikecam Netizen

zulyahyasolat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Zul Yahya yang dahulu pernah terkenal dalam lakonannya sebagai superhero Pepaya baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila memuat naik beberapa jemaah sedang menunaikan solat di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Zul memberitahu yang dia berasa syukur kerana masih diberi peluang untuk merapakan saf antara jemaah ketika mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu.


https://www.instagram.com/p/CHm7ypMAtCy/?utm_source=ig_embed

Rakaman video itu walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Zul yang dikatakan telah melanggar SOP COVID 19 yang telah ditetapkan kerajaan.

Pada masa yang sama, ada juga di kalangan netizen menegur supaya Zul jangan memuat naik video tersebut di media sosial kerana bimbang ia mendatangkan fitnah terhadap agama.

 

“Kok ye pun tak yah laa masuk media sosial, kantoi kena kompaun kang”  

cobit

Netizen kongsi pesanan para ustaz isu jarakkan saf 

Posting Zul Yahya ini juga telah dikongsikan oleh pengacara terkenal, Fedtri Yahya di Twitter yang kemudian mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara yang menarik perhatian admin ialah video daripada PU Azman yang menerangkan kenapa SOP sebegini diadakan di masjid.

Bagi admin, isu ini kita berilah mereka yang arif mengenai ilmu agama untuk menjawab persoalan tersebut. 

Baca: “Kita kongsi rezeki bersama” – Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasaraya, Tawar Peluang Pekerjaan Pada Orang Ramai

zy

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.