Sebut sahaja mengenai pelaburan tukaran mata wang asing atau Forex, ramai mengetahui bahawa hukumnya adalah haram kerana ia mempunyai unsur-unsur riba. Ramai juga agamawan menjelaskan lebih baik untuk hindarkan diri daripada pelaburan seperti ini.
Fizo Omar & Wak Doyok dilantik jadi duta syarikat broker, ramai netizen persoal
Namun, masih ramai dalam kalangan orang beragama Islam masih leka dan melibatkan diri dalam dunia pelaburan ini. Baru-baru ini, terdapat 2 orang artis yang dilantik menjadi duta syarikat broker global, OctaFX iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok.
https://www.instagram.com/p/Cc2p_FGrVi_/?utm_source=ig_embed&ig_rid=6d53600e-9eba-47d1-9b70-63b619ff1b6f
Dalam posting Instagram @fizoomar tersebut, difahamkan yang mereka berdua berkemungkinan terlibat dalam penggambaran menjadi duta syarikat broker yang sememangnya kurang disenangi oleh sesetengah orang.
Penglibatan OctaFX adalah tidak halal
Terbaru, tular ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @furqanyarmouk yang dikenali sebagai Furqan Abdulla mempertikaikan bayaran yang diterima oleh 2 orang figura tersebut sehingga sanggup mempromosikan sesuatu yang sememangnya salah disisi agama.
Pada masa yang sama, Furqan meminta supaya dua orang selebriti untuk kembali ke pangkal jalan yang benar. Furqan mempersoalkan jika artis berkenaan terlampau terdesak dan katanya sebarang pendapatan atau komisen yang diperoleh menerusi penglibatan OctaFX adalah tak halal.
Wak Doyok & Fizo Omar, berapa OctaFX bayar kalian utk promosikan produk mereka? Dah terdesak sangat ke sampai tergamak ambil job iklan forex trading? Sebarang pendapatan/komisen yg kalian peroleh menerusi penglibatan dgn OctaFX adalah tak halal. Bertakwalah kpd Allah!
— furqan abdullah (@furqanyarmouk) June 15, 2022
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu bukan sahaja menerima kritikan di kalangan warganet terhadap dua orang figura tersebut, malah mereka turut meluahkan rasa menyampah apabila melihat iklan itu ‘muncul’ secara tiba-tiba di saluran YouTube.
Korang pernah tak terlibat dengan sebarang trading macam ni?