in

“Tolonglah ada dalam dewan sebab ia sangat penting” – Azalina Tegur Menteri & Timbalan Menteri Kewangan Tidak Hadir Perbahasan Belanjawan 2021

Zafrul Kena Tegur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman telah menegur Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan dua timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah kerana tidak hadir ke sesi perbahasan Belanjawan 2021.

Menurut Astro AWANI, Azalina menegaskan jika menteri tak dapat hadir, sepatutnya timbalan perlu berada dalam Dewan Rakyat untuk dengar perbahasan tersebut. 


28Tr006A1 2

Timbalan Speaker juga menjelaskan bahawa, beliau setuju dengan soalan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang ingin tahu di mana menteri kewangan atau timbalannya ketika sesi sedang berlangsung.

“Saya setuju dengan apa dikatakan Rayer sebelum ini dan saya percaya sama ada menteri kewangan (Tengku Zafrul) atau timbalannya harus berada di sini untuk mendengar perbahasan belanjawan.

“Saya tahu semua orang sibuk tetapi belanjawan adalah isu penting. Namun, saya tidak melihat ada menteri di sini. 

“Para penyokong kerajaan perlu sampaikan hal ini kepada mereka,” kata Azalina pada akhir persidangan semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim mencelah dan memaklumkan bahawa beliau difahamkan menteri dan timbalannya menghadiri mesyuarat.

Sebelum ini, Rayer pernah bangkitkan hal sama kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun, yang jelaskan tiada peruntukan mewajibkan menteri atau timbalannya mesti ada di Dewan Rakyat ketika perbahasan belanjawan telah dibentangkan.

Hmm ada betul jugak tu kata Timbalan Speaker… 

Baca: “Ini suara petugas barisan hadapan” – [Video] Parlimen Kecoh Lepas MP Bintulu Tuduh Dr Hisham ‘Takut Mati’

Bintulu

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.