in

“Tolong, tolong” – Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran, Sempat ‘Call’ Anak Minta Tolong

Ft Mautrentung

Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah papan di Kampung Losong Haji Su pagi semalam. Fatimah Mohd, 79, terkorban dalam kebakaran tersebut manakala suaminya Jusoh Muda, 83, dilaporkan tercedera.

Berkongsi lebih lanjut, Zailah Jusoh, 47, anak pasangan tersebut berkata arwah ibunya sempat membuat panggilan kepadanya untuk meminta tolong. Menurut Bernama, panggilan itu dibuat sekitar jam 10.30 pagi dan ketika itu Zailah menyangka ia kerana bapanya mengalami masalah.

Mak sempat telefon dan meminta tolong beberapa kali sebelum ditemukan rentung dalam kebakaran.”

Masa mak telefon minta tolong, saya tanya kenapa… Ayah jatuh ke, tetapi tidak dijawab. Saya kemudian terus bergegas ke rumah mak tetapi ketika itu saya lihat bomba sedang berusaha memadamkan api.”

Rentung2

Rentung1

Ayahnya ketika itu berada di depan rumah dalam keadaan kakinya melecur. Kata Zailah lagi, sejak 9 tahun lepas ibunya mengalami masalah sakit tulang belakang dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ianya menyukarkan arwah untuk menyelamatkan diri.

Lebih menyedihkan, meskipun dalam keadaan uzur bapanya dipercayai menggagahkan diri untuk menyelamatkan ibunya semalam. Menurut Berita Harian, keterbasan pergerakannya yang dilaporkan melecur 30 peratus di kaki dan belakang badan menyebabkan dia gagal menyelamatkan isterinya.

Rentung5

Rentung6

Rentung3

Bapa Zailah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata mayat mangsa yang rentung ditemukan hanya selepas kebakaran berjaya dipandamkan sepenuhnya.

Mangsa didapati berada di atas tanah dan dipercayai telah terjatuh apabila rumah kayu tersebut runtuh ketika kebakaran.”

Baca: “Depa dari Johor, saja balik mai raya hari tu” – Anak Menantu Rentas Negeri Ziarah Raya, Punca Warga Emas Dijangkiti & Meninggal

Ft Ziarahraya

Sumber: Awani
Sumber: Bernama
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Blog