Tidak dapat dinafikan, zaman sekarang ini ramai individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kesusahan atau kesempitan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Baru-baru ini, ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi menafikan dia ada membuka tabung derma dan meminta bantuan orang ramai untuk anaknya itu yang kini sedang dirawat di hospital akibat jangkitan kuman.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Nurul Erwani, menerusi laman Instagram miliknya hari ini selepas tular posting kutipan derma kilat untuk anaknya itu di laman Facebook.
https://www.instagram.com/p/CgvtQsALAur/?utm_source=ig_web_copy_link
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.
Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.” tulisnya.
Selain itu, ibu kepada adik Ainul itu juga menyatakan dia akan sentiasa memberitahu keadaan anaknya itu dari masa ke semasa melalui Instagram miliknya.
Tak baik lah ambil kesempatan atas kesempitan orang lain!
Baca: “Mama” – Netizen Sebak Dengar Ainul Mardhiah Sebut ‘Mama’ Buat Kali Pertama