Isu scam yang dah lama berlaku di dunia masih tiada jalan penyelesaian. Walaupun banyak kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa namun masih tidak dapat diselesaikan lebih-lebih lagi jika melibatkan wang ringgit.
Artikel berkaitan: “Tertunduk ‘scammer’ kena ayat!” – Lelaki Menyamar, Tawar Gaji Puluhan Ribu Pada Wanita ‘Scammer’
Artikel berkaitan: Wang Simpanan RM3.83 Juta Tinggal RM79.59, Warga Emas Jadi Mangsa ‘Phone Scam’
Terbaru, ada satu taktik oleh scammer yang target para pempengaruh media sosial di platform TikTok. Scammer ini kononnya mahu memberi ganjaran coins tetapi influencer ini perlu memberi nombor TAC (Transaction Authorization Code).
Seorang influencer TikTok, @ellyemirza mesra dipanggil Elly mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa scam dan hack di platform itu.
@ellyemirza mujur la akal aku panjang lagi?
Elly berkata pada mulanya dia berasa pelik kerana ada seorang kenalannya di TikTok menghantar mesej berkali-kali. Dia pun terus membuka mesej itu sebelum orang tersebut menawarkan kepadanya 20k coins di TikTok.
Influencer ini berasa amat teruja dan menyangka kenalannya itu mahu memberi coins itu ketika LIVE di TikTok. Namun begitu, orang tersebut mahu berhubung di WhatsApp.
Ketika di WhatsApp, individu itu meminta Elly untuk berkongsi kepadanya nombor TAC yang dihantar oleh TikTok Malaysia. Elly yang mula rasa sangsi dengan permintaan itu, dia terus mengabaikan mesej tersebut. Tidak berputus asa, individu itu masih mendesak Elly untuk memberi nombor TAC tersebut.
Elly yang mempunyai 429k followers menolak tawaran yang diberikan oleh individu tersebut kerana ia melibatkan tempatnya mencari rezeki. Individu itu memberi bukti dia telah berurusan dengan orang lain dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Rasa sangsi Elly membuatkan dia tergerak hati untuk berhubung dengan kenalannya itu di platform WhatsApp. Benar apa yang dirasa, akaun TikTok kenalannya itu telah digodam oleh individu itu dan menggunakan modus operandi yang sama kepada orang lain.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman hampir di’scam’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: TikTok