Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang memberitahu beliau sah positif COVID 19 selepas mendapat keputusan ujian pada 9 Januari lepas.
Menurut Astro AWANI, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani ujian saringan COVID 19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu.
“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” jelas kenyataan tersebut.
PM jumpa menteri sebelum disahkan positif COVID 19?
Walau bagaimanapun menurut laporan Malaysiakini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara individu yang bertemu dengan Mustapa dalam mesyuarat Bersatu baru-baru ini sebelum menteri tersebut disahkan dijangkiti COVID 19.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengesahkan Mustapa menghadiri mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu pada 6 Januari lalu di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.
Wan Saiful juga menjelaskan yang mesyuarat tersebut telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Macam manapun, pemimpin Bersatu yang hadir mesyuarat itu telah diberitahu untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sebagai langkah pencegahan, semua ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu serta semua yang hadir semasa mesyuarat tersebut telah diarahkan untuk mengambil ujian pengesanan Covid-19 serta merta dan dan mengambil langkah-langkah yang perlu berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya.
Menteri menghadap YDP Agong pada 4 Januari
Dalam pada itu, berdasarkan perkongsian Facebook Istana Negara, Mustapa juga telah dilihat menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Januari.
Beliau juga telah menziarahi mangsa banjir di beberapa lokasi di kawasannya juga.
https://www.facebook.com/mustapamohamedjeli/posts/10159260109110039
Apa-apapun marilah kita mendoakan semoga Tok Pa kembali sihat seperti sediakala dan semua kontak rapatnya dalam keadaan baik-baik saja. Amin!