Selalunya kalau pergi majlis kahwin ‘orang berada’, para tetamu yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan ataupun acara tarian dari kumpulan tarian yang dijemput khas oleh tuan rumah.
Namun lain pula yang jadi di Indonesia ini apabila tetamu dihiburkan oleh pengantin perempuan sendiri yang membuat pertunjukan menarik di hadapan hadirin.
Menerusi perkongsian dari Instagram, semasa sesi bersanding, pengantin perempuan dilihat membuat ‘aksi ganas’ dengan mematahkan dua batang besi. Uish lain machiam ni!
https://www.instagram.com/p/CPikhv8Hooh/
Menerusi aksi yang pertama, korang boleh lihat pengantin perempuan berbusana hijau ni patahkan besi dengan pahanya saja. Wow!
Kemudian dalam aksi yang kedua, dia mematahkan pula besi yang diletakkan di antara dua tiang dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Phew sekali hentak je patah weh!
Aksi tangkas wanita itu telah viral di media sosial dan rata-rata netizen yang melihat video itu ternyata kagum dan ada juga pada masa yang sama bimbang akan nasib suami wanita itu jikalau dia berlaku curang atau mereka bergaduh di masa hadapan nanti.
Apa-apapun cara dia patahkan besi tu memang hebat lah. Teruja min tengok!