in

“To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab

syaz ft 2025 08 13T171912.916

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan konflik di antara pelakon meningkat naik iaitu Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, ramai netizen yang mengukit semula ceritanya ketika bertanding dalam Dewi Remaja 18/19. Dimana Anna dituduh menyebarkan video juara musim itu, Haneesya Hanee yang berada di kelab malam.

Isu yang berlaku beberapa tahun lalu  itu kembali menjadi bualan ramai dan terdapat netizen menghujani TikTok milik Haneesya, disebabkan isu tersebut kemenangan Haneesya ditarik semula.


Artikel berkaitan: “Dah melawan, panggil aku kau” –  Ibu Anna Jobling Dakwa Hubungan Renggang Berpunca Campur Tangan Pihak Ketiga

Artikel berkaitan: “Dia hantar injunksi sebab tak tahan kena puk*l. Katanya mentalnya dis*ksa” – Ibu Anna Jobling

@haneesyahanee_

Tak yg sekarang ni korang stalk tt aku sampai kebawah bawah dh kenapa korang cari apa sebenarnya🤣

♬ original sound – SDX BASS

Dalam satu sesi live oleh Ariz, ada netizen yang bertanya betul atau tidak Anna Jobling yang menyebarkan video Haneesya itu, ibunya itu bagaimanapun menidakkan dakwaan tersebut.

@ebi52171

mak anna sendiri pun cakap bukan Anna yg sebar pasal video lama dulu tu. kenapa semua nak kena kaitkan isu Anna & mak dia yg skrg dgn isu masa zaman DR tu? aku bukanlah pembenci Anna, and takdela minat beria. biasa2 je. tapi tengok komen kaitkan isu anna skrg dgn kes 4-5 tahun lpas tu macam kelako kejap 🤣 #annajobling

♬ original sound – Ebi521 – Ebi521

“Aunty tak tahu. Aunty tak rasa anak aunty yang sebarkan video tu, ada orang lain. Kalau you tanya betul ke Anna yang sebarkan video Haneesya tu, setahu aunty Anna tak sebarkan video, ada orang lain yang sebarkan,” katanya.

Sebelum ini, Ariz mendedahkan dia menerima perintah injunksi itu pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa Anna dalam jarak 100 meter.

Janganlah ungkit cerita lama guys!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.