in

“Tiru 100% dari design sampai warna” – Pempengaruh Dakwa Jenama Terkenal Tiru Design Samping Suami

elrah tiru design emran rijal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan rekaan pakaian baju melayu dan baju kurung jenama-jenama tempatan pada tahun ini agak menarik, kreatif dan lain dari yang lain.

Namun, kalau boleh elakkanlah daripada menciplak rekaan orang lain seperti yang ditularkan oleh seorang pempengaruh terkenal semalam.


Tyra Kamaruzzaman menerusi posting di Instagram mendakwa bahawa sebuah jenama terkenal telah menciplak rekaan samping milik suaminya, Emran Rijal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyra Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

Artikel berkaitan: “Eh relax la” – Mainkan ‘Lagu Perpisahan’ Untuk Majlis Kahwin, Tyra Kamaruzzaman Bidas Tuduhan Netizen

Artikel berkaitan: “Ini bukan selamat tingga” – BeauTyra Bakal Ditutup? Peminat Berteka-teki Baca Posting ‘Founder’

“Bila nak reply husband saya?” – Tyra

Menurut Tyra, pihak suaminya telah menghubungi pemilik jenama terbabit beberapa kali untuk membincangkan hal tersebut, namun pihak terbabit mengatakan yang dia kini berada di luar negara dan akan berhubung sebaik pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, setelah sekian lama menanti, suami Tyra, Emran masih tidak dihubungi oleh individu tersebut menyebabkan dia terpaksa membawa isu ini ke media sosial.

Snapinsta.app 486296622 18494415223002933 2939205010651532547 n 1080

Emran sudah berhubung dengan pemilik jenama itu tetapi individu ini sering beri alasan tentang bila mereka berdua boleh berjumpa. 

“Sudah sebulan Emran menghantar mesej terakhir kepadanya, namun sehingga sekarang tidak mendapat sebarang jawapan, tapi dia ada pula masa untuk collab dengan banyak artis dan pempengaruh. 

“Bila nak reply husband saya? Awak pemilik brand yang terkenal. Saya yakin awak ada etika bisnes yang betul,” kata Tyra.

elrah el

Design samping ada kaitan dengan warisan keluarga 

Tyra juga pada masa yang sama menjelaskan bahawa rekaan samping dengan corak keris itu sebenarnya berasal dari moyang Emran dari tahun 1890-an dan kemudiannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam keluarga suaminya itu.

Malah samping berkenaan juga digunakan Emran ketika majlis perkahwinannya dengan Tyra, di mana Emran sendiri melakar rekaan yang sama dan ia dihasilkan secara ‘handmade’ menggunakan teknik tenun.

Snapinsta.app 486056002 18494415241002933 619392119511039375 n 1080

Snapinsta.app 485802559 18494415277002933 657903348964028439 n 1080

Kalau awak tak ada idea, tak apa, banyak lagi design you boleh buat atau mungkin guna elemen keris yang lain. Keris kan ada banyak jenis. 

“Tapi kenapa guna keris yang sama, kedudukan yang serupa, warna yang sama dan semuanya sama serta dihasilkan secara banyak, inilah yang saya tak faham,” katanya lagi.

Lebih menguatkan dakwaan, Tyra juga memaparkan sijil hak cipta rekaan itu yang sudah didaftarkan dengan sah dan mempunyai tanda dagangan kerana nilai sejarah dan sentimentalnya.

Snapinsta.app 486669618 18494415262002933 7518595433940579845 n 1080

Menurut Tyra lagi, dia pada awalnya tidak mahu isu ini dibawa ke media sosial kerana cara yang terbaik untuk selesaikannya ialah secara profesional.

Namun, sebagai isteri dia hanya mahukan keadilan buat suaminya dan berharap agar pemilik jenama tersebut duduk berbincang dengan Emran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Jenama tu nama besar dalam industri pakaian Melayu ni. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.