Pelakon dan penyanyi Fazura baru-baru ini berkongsi mengenai waktu yang diluangkan bersama anaknya, Fatima. Perkongsian menerusi TikTok yang telah meraih lebih 150K jumlah tontonan dalam masa 18 jam itu telah menarik perhatian netizen.
Video tersebut memperlihatkan Fazura meluangkan masa bersama Fatima di KidZania, satu tempat di mana boleh membantu kanak-kanak untuk melatih kemahiran dan ilmu pengetahuan di samping berhibur. Fatima dilihat melakukan ‘kerja housekeeping’.
Artikel berkaitan : “Marry me Faz” – ‘Dilamar’ Ketika ‘Live’, Ini Respon Fazura
Artikel berkaitan : “Cantiknya dia!” – Fazura Muat Naik ‘Cover’ Lagu Adele Tarik Perhatian Netizen
@fazuraofficial My babies!!! 💖💖💖 #NurFatimaAisya #NurAdeliaAyesha #Maryam #Cousins #Family
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kerajinan ketiga-tiga kanak-kanak itu, terutamanya Fatima, malah ada juga yang memuji ketinggian Fatima yang baru sahaja berumur 4 tahun. Fazura membalas komen tersebut dengan memberitahu bahawa ketinggian Fatima itu mengikut genetik bapanya.
Malah ada juga yang memuji cara Fatima mengemas katil dan ia adalah didikan yang telah diajar. Kata Fazura, di rumah juga dia melakukan perkara sedemikian. Malah, ramai juga memuji cara didikan Fazura terhadap Fatima yang peka dengan kekemasan.
Tengok gaya Fatima pun macam dah biasa.
Sumber : TikTok