in

‘Tinder Swindler’ Versi Malaysia? Gadis Ini Ceritakan Pengalaman Kena ‘Scam’ Dengan Lelaki

Untitled Design 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, era digital ini hampir kesemua perkara boleh dilakukan secara online, ini juga termasuklah ketika ingin mencari teman. Betul tak?

Ia juga bukanlah sesuatu yang baru untuk bertemu dengan pasangan hidup hanya dengan menggunakan aplikasi atau laman web.


Untitled Design 63

Lain pula ceritanya dengan gadis ini, menerusi laman Twitter gadis ini berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang lelaki dalam aplikasi ‘Bumble’, iaitu sebuah aplikasi untuk mencari rakan online.

‘Tinder Swindler’ versi Malaysia?

Gadis yang dikenali dengan nama Anggun ini berkongsi dengan Lobak Merah, pada bulan Januari tahun ini dia telah match dengan seorang lelaki di dalam aplikasi Bumble.

1 1 2

Mereka kemudian bercakap hampir setiap malam dan merasakan ada spark diantara mereka berdua dan beberapa hari selepas itu mereka pun bertemu.

Nampak macam boleh percaya…

Gadis itu juga memberitahu, lelaki tersebut mempunyai personaliti yang kelihatan seperti boleh dipercayai dan itu yang menyebabkan mereka berjumpa. Malang tidak berbau, apabila pertemuan mereka kali kedua, lelaki ini sudah mula tunjuk perangai.

Selalu tunjuk kaya!

Disebabkan gadis tersebut berasa tidak selamat, dia terus memberitahu lelaki tersebut perasaanya tetapi yang dibalas hanyalah ‘bukan salah aku, kau rasa macam tu’. Lelaki tersebut juga selalu menunjukkan dirinya kaya dengan membeli tujuh utas jam tangan dan non-fungible Tokens (NFTs) sehingga RM30k.

2 1 2

Dia juga memberitahu dia mempunyai pelbagai perniagaan, tetapi menurut Anggun, itu semua hanyalah geran yang diperolehnya daripada pihak kerajaan.

Minta bayar hutang, tapi hilang!

Lebih memeritkan lagi, ketika mereka keluar makan bersama, lelaki tersebut memberitahu yang dia pernah membawa beberapa orang gadis lain lagi ke tempat yang sama.

4 5

Selain itu, gadis itu juga memberitahu yang lelaki itu tanpa segan silu menggunakan akaun kereta sewa gadis tersebut dan menambah RM60 begitu sahaja!

Dia juga berhutang sehingga RM150 untuk perkhidmatan e-hailing, tetapi setelah diminta sehingga dua kali, lelaki tersebut masih tidak mahu membayar.

Siap bagitahu pernah menipu?

Dalam thread twitter gadis tersebut, lelaki itu juga berkongsi bagaimana dia mempermainkan wanita lain dan menceritakan segalanya kepada gadis tersebut.

3 1 1

Malah, dia juga menceritakan bagaimana dia pernah melakukan aktiviti seksual kepada gadis lain sebelum die keluar dengan gadis yang berbeza.

Ramai juga yang terkena dengan lelaki yang sama rupanya!

Selepas perkongsian Anggun di Twitter, rupanya ramai lagi pernah menjadi mangsa kepada lelaki yang sama.

Untitled Design 61

Ada yang berkongsi pernah diganggu pernah cuba untuk meminta hutang tetapi dihalau oleh penjaga keselamatan rumah lelaki tersebut tetapi pengawal keselamatan itu juga memberitahu yang ramai orang cuba mencari lelaki tersebut dan meminta hutang.

Jangan terkena perangkap yang sama.

Anggun juga bercakap kepada Lobak Merah, agar semua gadis diluar sana berhati-hati dengan lelaki yang dijumpai secara online dan sentiasa memberitahu lokasi anda kepada rakan yang dipercayai.

Dia juga berpesan agar cuba sebaik mungkin untuk mengelak lelaki yang suka menunjukan harta dan kekayaan tetapi meminta duit anda, paling penting sentiasa percayakan firasat anda!

Stay safe girls!

Baca: Simon Leviev: Kisah Si Penipu Tinder, Perdaya Wanita Jutaan Ringgit Demi Ingin Hidup Mewah

Untitled Design 62

 

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.