in

Tindakan Penjaga Biar Kanak-Kanak Melompat Di Belakang Trak Pikap Undang Risau Warganet

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu video di media sosial yang memperlihatkan seorang kanak-kanak dibiar berdiri di belakang trak pikap tanpa pengawasan penjaga.

Lebih merisaukan, kanak-kanak lelaki tersebut dilihat sedang melompat-lompat di ruang belakang dan cuba duduk di atas palang di bahagian bumbung dengan aksi yang sangat membahayakan.


1 12

2 9

Difahamkan juga, cuaca pada ketika itu sedang hujan renyai dan dikhuatiri akan lebih membahayakan kanak-kanak tersebut yang berdiri dan melompat-lompat.

Menerusi ciapan oleh pemilik akaun tersebut, dia menjelaskan beberapa kenderaan lain sudah bertindak membunyikan hon dan menjerit untuk menegur pemandu trak pikap tersebut, namun masih tiada apa yang terjadi.

“Dua tiga kereta sudah membunyikan hon dan buka tingkap menegur, tapi penjaga tak buat apa-apa.

“Cuaca hujan, biarkan budak seorang di belakang kenderaan terlompat-lompat. Kalau jatuh, sia-sia sahaja,” ciapnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mempersoalkan tindakan penjaga yang membiarkan kanak-kanak lelaki tersebut berdiri di belakang trak pikap tanpa pengawasan dan ciri keselamatan.

“Anak buah saya nak keluarkan kepala ikut tingkap pun saya dah bising, inikan pula main lompat-lompat di belakang, bahaya sungguh”, ujar seorang warganet.

Kredit: Kosmo, Bella Anuar

BACAMalas Kemas Bilik Punya Pasal, Kanak-kanak 8 Tahun Menang Anugerah Bilik Paling Bersepah di UK

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.