in

Tindakan Pemuda Masukkan Racun Ke Dalam Aiskrim Untuk ‘Halau’ Monyet Dikecam

ft monyet liar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki mencampurkan racun ke dalam aiskrim untuk diberikan kepada monyet liar telah mengundang kemarahan netizen. Difahamkan ia bertujuan untuk menjaga kawasan perumahannya yang dikatakan sering mengganggu mereka.

Menurut perkongsian video daripada Stray Free Foundation, lelaki tersebut dilihat membaling aiskrim tersebut kepada monyet-monyet itu, difahamkan ia dicampur dengan racun yang dikenali sebagai ‘crodex’.


Artikel berkaitan : Mpox Dah Sampai Jakarta, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Jangkitan Cacar Monyet Yang Sedang Menular Ni!

Artikel berkaitan : Netizen Tabik Pegawai Perhilitan Pakai Kostum Gorilla Halau Monyet Liar, Siap Suruh Tambah Elaun!

Menurut lelaki tersebut, monyet-monyet itu selalu masuk rumah penghuni di situ dan kacau barang-barang di dalam rumah berkenaan.

“Bancuh cordex ni dalam ais krim tu supaya dia makan nanti dia kiok (mati). Itu cara sebenar, cara guna dia tuan-tuan.”

“Ni kawasan perumahan ni dekat dengan kawasan sayalah. Kita pastikan betul-betul dia (monyet) yang makan bukan manusia. Ni tengok beranak-pinak, kalau kita biarkan habis.”

“Dia (monyet) masuk rumah, kacau barang-barang kita. Jadi ni jangan risau, ni kelas dua (racun) guna cara yang betul tuan-tuan. Ingat pesan saya guna cara yang betul. Insya-Allah dia kiok.”

“Dia bukan binatang peliharaan. Jadi dia menjahanamkan harta benda. Jadi faham-fahamlah saya tak nak ulaslah orang yang kecam saya tu. Tapi benda ni (serangan monyet) memang teruk lah.”

Ramai netizen merasakan tindakannya itu tidak wajar dan agak kejam kerana kawasan perumahan yang dibina sekaligus memusnahkan habitat mereka. Bahkan, ada juga yang memberikan alternatif lain kerana alami situasi yang sama.

Bagaimanapun ada yang memihak kepada lelaki itu kerana mereka yang berdepan dengan serangan monyet ini mengalami pelbagai kerugian. Monyet itu mencuri makanan dan merosakkan harta benda.

monyet monyet 2 monyet 3 monyet 4 monyet 5 monyet 7

Harap adalah tindakan daripada pihak tertentu bagi menjaga ketenteraman penduduk di sesebuah kawasan itu.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.