in ,

Tindakan Lelaki Melayu Bantu Tumpangkan Keluarga India Sebab Motor Rosak Dipuji

Ft Lelaki Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan mulia seorang lelaki  berbangsa Melayu membantu dan menumpang keluarga India yang mengalami kerosakan motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam meraih pujian ramai.

Jelas lelaki itu, dia sanggup menolong keluarga India itu walaupun berlainan bangsa dan agama kerana ikhlas.


Artikel berkaitan : “Terer budak-budak ni!” – Pelajar Tingkatan 2 Bantu Tukarkan Tayar Kereta Cikgu

Artikel berkaitan : 7 Doktor Sukarelawan Malaysia Terperangkap Di Rafah, Caprice Gesa PMX Bantu Keluarkan Secepat Mungkin

Menurut Ahmad Zufar, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh.

“Pagi tadi (semalam) semasa pergi kerja, ternampak ada satu keluarga India, mak dengan anak jalan kaki, ayahnya tengah tolak motor tayar pecah.”

“Kesian tengok sebab anaknya pun berjalan kaki jauh nak menuju ke R&R (kawasan rehat dan rawat) Jejantas Sungai Buloh. Jadi, aku pun (tawar diri) tumpangkan.”

Jelasnya lagi, keluarga tersebut dalam perjalanan dari Sungai Garing, Rawang menuju ke Petaling Jaya.

“Jauhnya naik motosikal. Aku ni jenis tak kisah bangsa apa pun, aku tetap akan ikhlas tolong mana yang aku mampu.”

“Kita mudahkan urusan orang lain Insya-Allah urusan kita dipermudahkan pula nanti. Semoga selamat sampai abang dan kakak ni.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemuliaan hati lelaki ini dan mengucapkan terima kasih atas tindakannya memudahkan urusan orang.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.