Semalam, kecoh di Twitter apabila video seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang dipercayai anaknya tular dan tindakan lelaki terbabit telah dikecam ramai netizen.
Dalam video yang berdurasi selama 15 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai mungkin bapa kepada bayi tersebut telah beberapa kali meletakkan vape berkenaan pada mulut anak kecil itu.
Walaupun bayi tersebut tidak menghisap atau menyedutnya kerana tak tahu apa-apa, namun ia tetap menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Ramai yang takut kalau-kalau bayi itu tiba-tiba tersedut kerana ingatkan vape itu adalah susu.
Dalam ruangan komen pula, dapat dilihat ada beberapa orang netizen prihatin yang telah cuba untuk membuat aduan tentang perkara terbabit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Rata-rata netizen juga mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak menyangka ada ibu bapa atau orang dewasa yang sanggup membahayakan nyawa budak kecil seperti ini.
Difahamkan, video terbabit pada mulanya dirakam oleh seorang wanita (mungkin ibu atau ahli keluarga bayi itu) dan dia telah memuat naiknya ke Instagram Story.
Kemudian, video screen recording IG Story itu pula ditularkan di Twitter oleh individu lain.
Namun, akaun Instagram wanita berkenaan kini dikatakan telah dinyahaktif.
Harapnya kes ini akan segera diselesaikan agar kebajikan dan kesihatan bayi itu tetap terjaga.
Baca: [VIDEO] Bangga Boleh Sembur Wap Vape Dari Hidung, Tindakan Ibu Bapa Ini Undang Kecaman