Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anaknya, ada yang suka menggunakan kaedah psikologi, ada juga yang jenis tegas seperti mana cara ibu bapa kita didik kita sewaktu kecil. Namun pastinya cara itu mungkin tidak boleh diterapkan 100% kepada generasi sekarang.
Bagaimanapun, seorang bapa dari Singapura ini dianggap menggunakan kaedah yang boleh dikatakan agak ekstrem untuk mendisiplinkan anaknya. Si bapa ini dikatakan meletakkan anaknya ke dalam tong sampah kitar semula kerana degil.
Artikel berkaitan : Kena Strok Haba Akibat Didenda Berjemur Tengah Panas, Ibu Bapa Maklum Anaknya Mungkin Dinilai OKU
Artikel berkaitan : Terkena Percikan Asid Akibat Perselisihan Ibu Bapa, Wanita Tak Pernah Simpan Dendam Dengan Ayah
Tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut tular menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram sejak Sabtu lepas, video tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang menjinjing beg putih di bahu sedang berdiri di hadapan tong sampah kitar semula.
Sementara itu, di dalam tong sampah kitar semula itu kelihatan seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya yang sedang menangis sementara seorang lagi adik beradik lain dilihat kebingungan sambil melihat budak lelaki tersebut.
View this post on Instagram
Menurut sumber, bapanya itu seperti sedang memarahi anaknya kerana dikatakan berkelakuan nakal. Video tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan dalam masa yang sama, ada juga yang menyokong ketegasan si bapa itu yang dikatakan ingin mengajar anaknya.
Apa pandangan korang? Patut tak tindakan si ayah ni?
Sumber : Instagram