in

Tindakan Ibu Bapa Ini Ikat Anak ‘Nakal’ Pada Tiang Sambil Makan Di Medan Selera Undang Perdebatan Netizen

F1 Ikat Anak Nakal Pada Tiang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak menjadi ibu bapa yang betul-betul berjaya mendidik anak menjadi insan yang berguna sebab ada banyak cabarannya yang tersendiri.

Baru-baru ini di China, tindakan pasangan ibu bapa ini telah menjadi tular selepas mereka mengikat anak mereka yang dikatakan nakal pada tiang medan selera sebelum mereka selamba makan di situ.


Memetik laporan South China Morning Post, difahamkan, kanak-kanak tersebut sebelum itu telah berlari-lari dan membuat bising ketika makan di sebuah restoran di medan selera itu.

1 7

Tindakan bapa kanak-kanak itu mengikat anaknya pada tiang dengan menggunakan tape sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di sekitar kawasan itu.

Pasangan itu kemudiannya turut merakam gelagat anak mereka yang cuba melepaskan diri daripada ikatan pada tiang berkenaan.

Menurut orang awam yang merakam kejadian tersebut, pada ketika itu, medan selera itu sesak dengan pengunjung yang datang untuk makan malam.

Namun, kebanyakannya hanya ketawa dan merakam video kanak-kanak itu tanpa membantunya.

2 3

Apabila video itu tular di media sosial negara itu, ia telah mencetuskan perdebatan netizen di mana ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakan pasangan itu untuk mendisiplinkan anak.

Ini kerana ada yang berpendapat tindakan itu boleh mengajar anak agar mereka tidak akan nakal lagi terutamanya ketika di tempat awam.

Manakala yang tidak bersetuju pula mengatakan tindakan mengikat anak itu mungkin boleh mencederakan anak.

Hmmm, apa pula tindakan korang kalau anak korang buat bising dan berlari-lari dalam restoran atau mana-mana premis makanan?

Sumber: South China Morning Post

Baca: “Mana mak ayah dia?” – Budak Terkunci Dalam Kereta, Ditinggalkan Hampir 40 Minit Tengah Panas

Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.