in

Timun & 2 Helai Daun Kobis, Ini Diet Ekstrem Artis Korea Yang Malaysian ‘Confirm’ Tak Sanggup Buat

Ft Diet E1620537242370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hiburan Korea dikenali dunia bukan sahaja kerana muzik mereka yang best-best dan tarian yang menarik, dorang juga terkenal dengan artis mereka yang berpenampilan menarik.

Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan kacak, peminat juga kagum dengan cara mereka menjaga tubuh badan dan mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik.


Tapi korang perasan tak kadang-kadang dorang ‘berisi’ kadang-kadang dorang kurus.

Menurut asiaone, dalam satu segmen di saluran FashionN’s ‘Follow Me Season 5’, penganalisa gaya dan kecantikan telah mendedahkan beberapa rutin diet EKSTREM Park Shin Hye, Bae Suzy, dan IU.

Diet

Peringatan : Diet ini untuk kadar masa yang pendek, ia bukan diet kebiasaan mereka. Mereka melakukan kaedah ini untuk menurunkan berat badan dengan cepat sesuai dengan peranan tertentu yang diperoleh dalam drama atau filem.

Pilihlah diet yang sesuai mengikut kemampuan individu masing-masing kerana daya ketahanan tubuh badan adalah berbeza.

Berikut adalah diet mereka.

 

Park Shin Hye

Timun, kobis dan nasi.

Aktres cantik yang terkenal dari drama He’s Beautiful yang diterbitkan pada 2009 ini memilih timun, kobis dan nasi. Bagaimana?

Diet2

Sarapan : Dia hanya memakan sebiji timun bersama susu rendah lemak.

Makan tengahari : Park Shin Hye memakan separuh portion nasi dan 2 keping sayur kobis.

Makan malam : Malam pula dia memakan sebiji timun dan 2 keping kobis.

Shin8

Berdasarkan gambar filem 2009 tu, korang boleh nampak dia kelihatan sedikit ‘chubby’ kan? Ini penampilan dia yang sekarang.

Shin2

 

Bae Suzy

Drama baru (Start Up) Bae Suzy sekali lagi menaikkan namanya di media sosial. Tak mengecewakan peminat, lakonannya sebagai entreprenuer muda sangat berkesan.

Selain lakonan, penampilannya juga sering diperkatakan. Namun Suzy tidak mengamalkan diet seekstrem seperti aktres lain. Ini merupakan kaedah diet yang dipilih olehnya untuk menurunkan beat badan.

Sarapan : Potongan kecil dada ayam, satu keledek dan susu rendah lemak.

Makan tengahari : Nasi beras perang dan salad sayuran.

Makan malam : Dua ubi keledek.

Suzy

Jauh beza kan?!

Namun untuk kesan lebih cepat, Bae Suzy memakan keledek ubi, dada ayam dan susu rendah lemak sahaja.

Suzy1

 

IU

IU dan Bae Suzy pernah berlakon sebelum ini dalam drama yang sama, Dream High. Dalam drama ni, korang boleh tengok kedua-duanya ‘chubby‘. Tapi comel je!

Bukan sahaja berlakon, IU juga dikenali dengan suara yang merdu. Antara lagu popularnya ialah Palette feat G. Dragon (2017)

Iu2

Ini adalah diet yang digunakan oleh IU.

Sarapan : Satu biji epal.

Makan tengahari : Dua ubi keledek.

Makan malam : Minum protein shake.

Iu1

Iu

 

Seolhyun

Bagi min ni paling ekstrem.

Ubi keledek dan diet air.

Menurut chanel-korea, Seolhyun dikatakan menerima banyak komen mengenai tubuhnya. Jadi dia mengamal diet ektrem untuk mendapatkan tubuh badan yang ‘betul-betul’ langsing.

Ni diet dia min rasa korang takkan sanggup buat walaupun sekejap.

Dia dikatakan sanggup mengamalkan diet minum air sahaja, dikenali sebagai liquid diet. Diet ini tak membenarkan mereka makan, hanya minum air sahaja. Ekstrem gila!

Seolhyun mendedahkan, selain amalkan diet air, dia juga mengamalkan diet lain iaitu diet ubi keledek. Namun kadang sehari sekali sahaja dia makan sebiji ubi keledek. Biasanya, sarapan dan makan tengahari dia skip!

Ini perubahan selepas dan sebelum diet. Sebulan, 10 kg boleh burn.

Seo

Seo1

 

Lagi sekali nak ingatkan di sini, ini adalah kaedah diet yang tak sesuai untuk jangka masa panjang. mereka mengamalkan kaedah ini kadang untuk memenuhi kriteria peranan watak filem atau drama yang ditawarkan.

Kecantikan itu subjektif, nak kurus boleh tapi jangan sampai memudaratkan ok? Dorang ni of course dah hired dietition sebelum mengamalkannya.

 

Baca : “Mmg lose weight kaw kaw! Tapi end up?” – Hilang 12Kg Dalam Sebulan, Dietitian Kongsi Kesan Diet Atkins Sampai Dia Kena Masuk Wad

Diet3

Sumber: kpopherald
Sumber: Google
Sumber: kpopherald
Sumber: kpop chingu
Sumber: kpopherald
Sumber: koreaboo
Sumber: kpopherald
Sumber: idntimes
Sumber: koreaboo
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.